Hi! Welcome Back and Stay Tune! Hukuman penjara 21 bulan Lionel Messi kekal - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Hukuman penjara 21 bulan Lionel Messi kekal

MAHKAMAH Agung Sepanyol mengesahkan hukuman penjara 21 bulan dan denda $2.25j (RM9.62j) dikenakan kepada Lionel Messi kerana penipuan cukai selepas penyerang sensasi Barcelona itu membuat rayuan di mahkamah itu, lapor AFP

Pemain itu dan bapanya, Jorge Horacio Messi pada Julai 2016 didapati bersalah menggunakan syarikat di Belize, Britain, Switzerland dan Uruguay untuk mengelak membayar cukai ke atas 4.1j euro pendapatan Messi yang diperoleh dari hak imej dari tahun 2007 hingga 2009.

Pendapatan yang berkaitan imej Messi itu disembunyikan termasuk tawaran sokongan dengan Danone, Adida, Pepsi-Cola, Procter & gamble dan Kuwait Food Company.

Messi, 29, dan bapanya dijatuhkan hukuman penjara 21 bulan.

Hukuman penjara mungkin akan ditangguhkan sebagaimana biasa di Sepanyol untuk kesalahan pertama bagi kesalahan bukan jenayah keganasan yang membawa hukuman tidak lebih daripada dua tahun.

Mereka merayu kepada Mahkamah Agung yang mengesahkan hukuman kepada pemain terbaik lima kali itu pada Rabu.

Walau bagaimanapun, mahkamah mengurangkan tempoh penjara 15 bulan terhadap bapanya, dengan mengambil kira bintang bola sepak itu telah membayar balik cukai kepada pihak berkuasa.

Messi dan bapanya membuat pembayaran secara sukarela sebanyak 5.0 juta euro sama dengan jumlah cukai yang dikatakan tidak dibayar ditambah dengan faedah pada bulan Ogos 2013 selepas secara rasmi disiasat

The post Hukuman penjara 21 bulan Lionel Messi kekal appeared first on Berita Viral.



✍ Sumber Pautan : ☕ Berita Viral

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2r5QDUu

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.