Hi! Welcome Back and Stay Tune! 'Kepada pembunuh Dan (kucing), aku doakan kau mereput di neraka' - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

'Kepada pembunuh Dan (kucing), aku doakan kau mereput di neraka'


SINGAPURA - Tergamak individu yang tidak berperikemanusiaan membunuh seekor kucing jirannya sebelum bangkainya ditinggalkan di tangga. 

Pemilik kucing berkenaan, Harleen, berkata kejadian itu berlaku di rumahnya di Bukit Batok West Ave 7, Singapura hari ini.

"Kucing saya, Dan, 10 bulan, dibunuh. Kami percaya Dan telah keluar dari rumah secara senyap-senyap dan kepalanya dipukul oleh jiran sebelum dibuang ke bawah tangga," tweetnya lima jam yang lalu. 

Menurut Harleen, selepas kucingnya dibunuh, bangkainya dibuang di tangga. Ketika ditemui, terdapat kesan pendarahan teruk di bahagian kepalanya. 

"Dan (kucing) baru berusia 10 bulan. Saya bersumpah, mana-mana individu yang tergamak membunuh Dan, saya doakan dia mereput di neraka!

"Entah kenapa Dan keluar. Kami benar-benar terkejut sebab selama ini Dan tidak pernah berani keluar dari rumah. Paling jauh pun Dan berada di rak kasut sahaja. 

"Dan hanya tinggal di rumah dan tidak pernah berjumpa dengan mana-mana kucing terbiar mahupun menganggu ketenteraman jiran yang lain," katanya. 


Difahamkan Harleen telah membuat laporan polis dan juga mendapati terdapat kamera litar tertutup (CCTV) di lokasi bangkai kucingnya ditinggalkan. 

"Saya tak faham, kenapa ada manusia yang tergamak melakukan perbuatan kejam seperti ini terhadap haiwan. Sedangkan Dan tidak pernah bertindak agresif. Apatah lagi nak mencakar atau menggigit orang lain," katanya. 

Sejam yang lalu, Harleen memaklumkan pihak polis sedang memeriksa rakaman CCTV dan bangkai Dan diserahkan kepada pihak berkuasa untuk bedah siasat bagi mengenal pasti punca kematiannya. - The Reporter
SUMBER : http://ift.tt/1r7Yr4K

Sumber : jubahsemalam.com

✍ Sumber Pautan : ☕ Pencuri Viral

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2pYtrZe

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.