Hi! Welcome Back and Stay Tune! Kisah Ngeri Ketika Memandikan Jenazah Seorang Perogol Bersiri. - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Kisah Ngeri Ketika Memandikan Jenazah Seorang Perogol Bersiri.

Pihak hospital tersebut hanya membuat muka masam ketika menerima jenazah tersebut, bukan sahaja mereka tidak menyentuh jenazah tersebut malah nak melihat sahaja pun ramai yang tidak berani.

Tepat pada pukul 8 malam, sebuah ambulans dari Pemkab Lutim telah sampai dengan membawa jenazah Ikbal atau lebih di kenali sebagai Kolor Ijo di hospital Bhayangkara Makassar.
Pihak hospital tersebut hanya membuat muka masam ketika menerima jenazah tersebut, bukan sahaja mereka tidak menyentuh jenazah tersebut malah nak melihat sahaja pun ramai yang tidak berani. Jenazahnya telah ditolak masuk oleh tiga orang petugas di situ.
Ketika jenazah tersebut hendak dimandikan, salah seorang  petugas yang sepatutnya memandikan jenazah berkata bahawa tiga orang rakannya seperti tidak mahu memandikan jenazah tersebut, mereka hanya menyemburkan air seperti menyiram pokok ke jenazah itu.
Beliau juga mengatakan bahawa dia sempat menyentuh muka serta dahi jenazah, akan tetapi ketika dalam proses membalut kain kapan apa yang mengejutkannya adalah jenazah Kolor Ijo didapati masih belum bersunat lagi serta kemaluannya masih dalam keadaan menegang.
Ketika melihat kejadian tersebut mereka lantas terhenti sejenak dan saling berpandangan sambil beristigfar, selepas proses tersebut selesai jenazah tersebut diangkat untuk di solatkan.
Sebilangan lelaki yang berada di surau hospital berkenaan terdiam dan mereka kelihatan seperti enggan mengikut untuk menyembahyangkan jenazah tersebut.
Akhirnya hanya kakitangan yang tertua sahaja yang berdiri menghadap kiblat sambil mengangkat takbir Allahuakbar.

Ikbal merupakan seorang banduan yang ditembak mati atas 30 kesalahan yang melibatkan kekejamannya seksual yang dilakukannya sepanjang tahun 2014 sehinggalah pertengahan 2015 di Timur dan utara Luwu, Indonesia.

Ketua Majlis Hakim Pengadialn Negeri Malili, Lutim, M Khairul yang bertugas telah menjatuhkan hukuman mati dan bagi penduduk DSusun Kampung Baru, Desa Sido Agung telah menyifatkan kejahatan Kolor Ijo dengan kata-kata extraodinary crime iaitu dengan maksud lain ' kejahatan yang luar biasa.
Ini kerana daripada 30 orang mangsanya, sebanyak 24 orang cedera akibat kemaluan mereka di tikam dengan menggunakan pisau, dua orang lagi hampir meninggal manakala seorang lagi meninggal dunia dalam keadaan yang amat mengerikan.
Ikbal telah menjadi buruan polis selepas dia telah melarikan diri bersama-sama beberapa banduan lain dari sebuah penjara di Makassar kira-kira dua minggu lalu.

Ikbal telah ditembak mati ketika pihak polis membuat serbuan di tempat persembunyian di Poso, Sulawesi Tengah pada kelmarin. 
Dengan kematian Ikbal yang berusia 32 tahun itu telah menghilangkan ketakutan penduduk terutama kaum wanita yang masih trauma dengan jenayah kejam lelaki berkenaan.


✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2q5GC6K

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.