Lelaki dibelasah & disiram dengan air panas kerana dituduh jalin hubungan dengan isteri orang
SUNGAI BULOH, SELANGOR - Seorang lelaki berusia 25 tahun cedera dibelasah dan melecur akibat disiram dengan air panas oleh sekumpulan lelaki, semalam, lapor Harian Metro.
Dalam kejadian kira-kira jam 1 pagi, mangsa cedera di bahagian muka, badan serta melecur di belakang badan, bahu kiri dan leher.
Ketua Polis Daerah Sungai Buloh Superintendan Somu Subramaniam berkata, mangsa dipercayai dibelasah lebih kurang 10 hingga 15 lelaki.
"Bagaimanapun, tujuh daripada kumpulan itu termasuk suami kepada wanita yang dipercayai mempunyai hubungan dengan mangsa ditahan," katanya.
Mangsa dirawat di Hospital Sungai Buloh dan keadaannya kini stabil.
"Kebetulan si suami dan si cikgu ini sedang dalam krisis dan si suami mengesyaki mangsa guna ilmu hitam untuk mendapatkan isteri dia, sedangkan mangsa tidak berbuat demikian.
"Malam semalam, lelaki itu datang memanggil mangsa untuk datang berjumpa. Mangsa yang datang seorang diri terus dipukul dengan helmet di kepala.
"Mangsa kemudian dibelasah sekumpulan lelaki sebelum disiram dengan air panas dengan perlahan-lahan di atas kepala mangsa, sambil tangannya ditahan oleh beberapa lelaki yang terlibat bagi mengelakkan mangsa melarikan diri.
"Tiada puas hati lagi, mereka kemudian mengambil satu lagi periuk air panas lalu disiramkan ke atas mangsa," katanya.
Subramaniam berkata, kes akan disiasat mengikut Seksyen 148 Kanun Keseksaan. Polis meminta orang ramai yang mempunyai maklumat tampil menghubungi Balai polis Sungai Buloh untuk membantu siasatan. - The Reporter
Sumber : GengViral
Sumber :
Sumber : jubahsemalam.com
✍ Sumber Pautan : ☕ Pencuri Viral
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2pYoM9C
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment