Hi! Welcome Back and Stay Tune! Mahathir tandatangani petisyen bebaskan Anwar - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Mahathir tandatangani petisyen bebaskan Anwar

SHAH ALAM: Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini menandatangani petisyen untuk membebaskan 'musuh'nya satu ketika dahulu Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Dr Mahathir, yang menjadi perdana menteri selama 22 tahun, berbuat demikian ketika hadir pada Kongres Nasional Tahunan Parti Keadilan Nasional (PKR) ke-12 di sini, hari ini bersama isterinya Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali.

Ketika diminta mengulas, Dr Mahathir mengakui bahawa beliau mahu Anwar, yang menjadi Timbalan Perdana Menteri sewaktu zaman pemerintahannya, dibebaskan.

"Ya saya menggesa supaya beliau dibebaskan... bukan saya yang menyebabkan beliau dipenjarakan, itu cerita lama..." katanya kepada pemberita.

Kongres yang dianggap perwakilan PKR sebagai yang terakhir sebelum Pilihan Raya Umum ke-14 itu turut meletakkan pelantikan Anwar sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-7 sebagai agenda utama.

Turut hadir Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Presiden PPBM Tan Sri Muhyiddin Yassin, Menteri Besar Selangor Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dan pemimpin veteran DAP, Lim Kit Siang.

-- BERNAMA



✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2qKsb94

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.