Melecur teruk apabila penutup cawan kopi panas Starbucks terbuka dan tertumpah, wanita menang saman RM432,164
Seorang wanita bakal menerima bayaran pampasan berjumlah AS$100,000 (RM432,164) selepas melecur teruk akibat secawan kopi yang dibeli di sebuah kafe milik rangkaian syarikat minuman kopi terkenal, tiga tahun lalu.
Menurut portal berita BBC, Joanne Mogavero dari Florida mengalami kesan melecur tahap kedua apabila penutup cawan kopi panas yang dibeli di kafe berkenaan tiba-tiba terbuka dan tertumpah di bahagian pahanya.
Kejadian tersebut dilaporkan berlaku di sebuah kiosk pandu lalu di Jacksonville ketika Mogavero mengambil minuman panas itu daripada pekerja kafe tersebut untuk diberikan kepada rakan di sebelahnya.
Peguam mangsa, Steve Earle menegaskan, pekerja tersebut perlu memberi amaran terlebih dahulu bahawa penutup berkenaan mudah terbuka dan perlu berhati-hati memegangnya sebelum memberikan kopi itu kepada Mogavero.
Juri mengarahkan kafe terbabit membayar pampasan sebanyak AS$85,000 (RM367,339) kepada Mogavero sebagai ganti rugi ke atas kecederaan yang dialami sementara AS$15,000 (RM64,824) lagi untuk menampung kos perubatan mangsa.
“Anak guam saya tidak memohon simpati daripada juri tetapi dia hanya mahukan keadilan. Kami amat berpuas hati dengan keputusan tersebut,” kata Earle.
Pasukan undang-undang Mogavero dalam satu kenyataan berkata, wakil kafe tersebut telah memberi keterangan semasa perbicaraan di Mahkamah Duval County dekat sini iaitu syarikat tersebut telah menerima 80 aduan dalam sebulan ekoran masalah penutup cawan kopi panas yang sering terbuka atau bocor.
Sumber: Utusan
Sumber Melecur teruk apabila penutup cawan kopi panas Starbucks terbuka dan tertumpah, wanita menang saman RM432,164
✍ Sumber Pautan : ☕ Trending Now
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2qKvKML
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment