Pengguna yang malas kemaskini komputer mereka lebih berisiko terkena virus Wannacry Ransomware
VIRUS berprofil tinggi ransomware yang menyerang lebih 200,000 pengguna komputer di seluruh dunia sebenarnya boleh dielakkan sekiranya pengguna tidak malas dan kemas kini komputer mereka, kata pakar keselamatan siber.
Pengarah Pusat Keselamatan Siber Florida, Sri Sridharan berkata, pertumbuhan mata wang digital atau bitcoin membuatkan penjenayah lebih mudah mengunci maklumat pengguna dan memeras ugut mereka seperti yang dilakukan dalam serangan WannaCry yang bermula sejak Jumaat minggu lalu.
“Mereka tidak faham. Sama ada mereka malas atau tidak ambil peduli langsung,” katanya.
Microsoft sudah mengeluarkan patch yang melindungi pengguna daripada serangan WannaCry pada Mac lalu.
Serangan siber itu mula menyerang syarikat dan agensi kerajaan di seluruh dunia termasuklah British National Health Service dan Interior Ministry of Russia.
Para penyelidik berkata, serangan itu berasal dari National Security Agency (NSA), Amerika Syarikat yang direka untuk memanipulasi sistem komputer ketika proses siasatan.
Virus itu dibocorkan oleh penggodam yang menyasarkan NSA dan ribuan jangkitan yang berlaku sudah dilaporkan pada Isnin.
Virus WannaCry menyerang perniagaan dan individu di lebih 150 negara.
Kata Sridharan, tahun 2017 bakal menjadi tahun bagi serangan berbentuk peras ugut atau lebih dikenali sebagai ransomware. – Orlando Sentinel/Tribune News Service
Sumber: Mstar
Sumber Pengguna yang malas kemaskini komputer mereka lebih berisiko terkena virus Wannacry Ransomware
✍ Sumber Pautan : ☕ Macam Macam hal laaaa... Anda patut tahu!!!
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2q8S8gT
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment