Hi! Welcome Back and Stay Tune! PKR Kelantan akur keputusan pimpinan Pusat - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

PKR Kelantan akur keputusan pimpinan Pusat

SHAH ALAM: Kepimpinan PKR Kelantan akan akur sebarang keputusan pimpinan peringkat Pusat termasuk untuk melepaskan jawatan di negeri itu.

Perwakilan PKR Kelantan, Mohammad Azihan Che Seman berkata, walaupun melepaskan jawatan merupakan langkah yang agak perit, namun keputusan kepimpinan Pusat perlu dituruti.

"Sebagaimana kita berorganisasi, kita harus menuruti secara ilmiah dan teratur, di mana ada penambahbaikan dan ruang tertentu yang boleh dibaiki.

"Kami melihat pandangan kepimpinan PKR Pusat adalah yang terbaik. Kita telah jelaskan, perkara ini tidak harus menyebabkan kita bercakaran dan berakhir dengan tanda soal.

"Peringkat negeri pun telah buat keputusan. Mungkin ada sedikit keperitan dalam melepaskan jawatan tersebut," katanya kepada Astro AWANI pada Kongres Nasional Tahunan Keadilan Ke-12 di sini hari ini.

Mohammad Azihan berkata demikian mengulas pengumuman Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail susulan mesyuarat Biro Politik Keadilan pada 16 Mei lalu. 

Dr Wan Azizah berkata, PKR membuat keputusan bahawa semua lantikan politik melibatkan wakil parti itu di Kelantan - termasuk ahli majlis tempatan dan lantikan di syarikat berkaitan kerajaan negeri - perlu melepaskan jawatan berkuat kuasa serta-merta. 

Keputusan itu susulan tindakan PAS membatalkan tahaluf siyasi dengan PKR pada 11 Mei lalu kerana mendakwa begitu banyak pelanggaran terhadap syarat-syarat kerjasama politik itu menurut pertimbangan hukum Syarak dan akhlak Islam. 

Mohammad Azihan yang juga Ketua Penerangan PKR Kelantan sebelum itu menyampaikan ucapan perbahasan ke atas ucapan dasar Presiden Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Antara jawatan yang dipegang oleh kepimpinan PKR Kelantan termasuk pengerusi beberapa anak syarikat Kerajaan Negeri, pimpinan rakyat di peringkat kampung dan daerah serta pelbagai lagi.



✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2pYkpLA

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.