Hi! Welcome Back and Stay Tune! “Saya sebagai ahli parlimen diberi peruntukan AP atas nama saya, jadi bodoh saya kalau ada AP, tidak digunakan kemudahan itu” – Ketua Wanita PKR - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

“Saya sebagai ahli parlimen diberi peruntukan AP atas nama saya, jadi bodoh saya kalau ada AP, tidak digunakan kemudahan itu” – Ketua Wanita PKR

Ketua Wanita PKR Zuraida Kamaruddin menjelaskan bahawa semua kenderaan import yang dimilikinya diperolehi menerusi kemudahan Permit Import (AP) yang disediakan atas kapasiti dirinya sebagai seeorang ahli parlimen.

"Saya sebagai ahli parlimen diberi peruntukan AP atas nama saya, jadi bodoh saya kalau ada AP, tidak digunakan kemudahan itu" - Ketua Wanita PKR

“Saya sebagai ahli parlimen diberi peruntukan AP atas nama saya, jadi bodoh saya kalau ada AP, tidak digunakan kemudahan itu” – Ketua Wanita PKR

“Saya sebagai ahli parlimen diberi peruntukan AP atas nama saya, jadi bodoh saya kalau ada AP, tidak digunakan kemudahan itu,” katanya yang dipetik akhbar Sinar Harian.

Malah menurut Zuraida yang adalah ahli parlimen Ampang, beliau telah pun memiliki beberapa kereta berkualiti walaupun sebelum menyertai politik.

“Mewah apa yang ingin ditunjukkan? Ferari? Porsche? Saya akui suka pilih barang berkualiti termasuk kereta.

“Sebelum terlibat dalam politik pun saya sudah bawa kereta-kereta berkualiti. Dalam kehidupan saya sentiasa utamakan barangan tahan lama,” katanya.

Zuraida mencabar mana-mana individu “anak jantan” yang ingin mengaitkan dirinya dengan isu rasuah membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Sambil menjelaskan, bahawa SPRM tidak pernah menyiasatnya sebelum ini, Ketua PKR Ampang itu berkata beliau bersedia untuk bekerjasama dengan suruhanjaya itu jika siasatan dimulakan.

Namun, Zuraida berkata tuduhan rasuah terhadap beliau adalah tidak berasas.

“Mereka mengguna isu itu untuk serang saya, kerana mereka tahu saya mengangkat integriti tinggi. Nampaknya mereka tiada cara lain untuk lancarkan serangan ke atas saya,” katanya.

Zuraida juga membidas pemimpin gerakan ‘Baju Merah’ Datuk Seri Jamal Md Yunos, yang didakwanya sebagai pemimpin yang tidak mempunyai kredibiliti.

“Dia tidak setanding saya, sebab itu saya tidak layan. Cakap mengarut, kita ahli parlimen cakap benda dasar, tentang kerajaan dan sebagainya.

“Jamal cakap benda-benda longkang siapa nak layan,” katanya.

Sumber: Malaysiakini



Sumber “Saya sebagai ahli parlimen diberi peruntukan AP atas nama saya, jadi bodoh saya kalau ada AP, tidak digunakan kemudahan itu” – Ketua Wanita PKR

✍ Sumber Pautan : ☕ Trending Now

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2r6WZmF

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.