Hi! Welcome Back and Stay Tune! Sesuaikan diri dengan majlis, elak insiden memalukan - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Sesuaikan diri dengan majlis, elak insiden memalukan

PENGGIAT seni dinasihatkan supaya lebih pandai menyesuaikan diri ketika menghadiri sesebuah majlis bagi mengelak berlakunya insiden memalukan.

Pengarah Urusan Skop Productions dan pelakon terkenal, Datuk Yusof Haslam berkata, sebagai anak seni yang sering terdedah dengan publisiti, seharusnya lebih bijak mengawal tingkah laku.

“Di dalam industri ini, jika kita pernah mencapai kejayaan selama 100 tahun pun, namun hanya dengan satu kesalahan sahaja, orang akan lupa dengan pencapaian kita dan itulah lumrahnya.

“Jadi kita perlu lebih berhati-hati kerana orang akan sentiasa memerhati sikap dan kelakuan kita sama ada baik atau sebaliknya,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Kelmarin, sesi Dialog Transformasi Nasional TN50 Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak bersama Penggiat Seni yang diadakan di Seri Perdana di Putrajaya, terhenti seketika apabila pelawak, Sulaiman Yassin atau Mat Over tiba-tiba menampar penerbit, David Teo.

Insiden itu bermula apabila David menyuarakan rasa tidak puas hati terhadap Datuk Rosyam Nor sebagai moderator majlis tersebut yang tidak memandang ke arahnya, sebaliknya memberi fokus kepada penonton di barisan hadapan.

Mengulas lanjut mengenai insiden itu, beliau yang juga Timbalan Pengerusi Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas), turut menasihatkan kedua-dua pihak yang terlibat untuk mengambil iktibar daripada apa yang berlaku.

“Bagi saya, David tidak seharusnya menggunakan platform itu dengan teguran yang agak kasar kepada Rosyam kerana perbuatan seperti itu kurang manis. Beliau sepatutnya menunjukkan sikap yang baik dengan cara menggunakan teguran yang berhemah.

“Begitu juga dengan Mat Over, memang niatnya untuk memberi pengajaran tapi caranya juga salah malah tindakan itu dilihat lebih buruk daripada David. Pada saya, kedua-duanya buat silap,” katanya.

Pada masa sama, beliau turut mengharapkan insiden itu tidak terus dipanjangkan kerana ia hanya menjejaskan imej industri dan penggiat seni sendiri.

“Saya harap masing-masing bermaaf-maafan dan insiden itu telah selesai, jangan dipanjangkan lagi.

“Memang agak terguris sedikit tapi saya harap perkara seperti itu tidak akan berlaku lagi pada masa akan datang kerana ia hanya memberi imej yang kurang manis kepada industri, khususnya golongan penggiat seni,” katanya.

The post Sesuaikan diri dengan majlis, elak insiden memalukan appeared first on Berita Viral.



✍ Sumber Pautan : ☕ Berita Viral

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2qIThgN

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.