Tudung Mira Filzah & Farah Hanim Dijual Pada Harga RM1 Sehelai Esok , Khas Untuk 200 Pembeli Terawal di Prima Valet
Bangi – Syarikat hub pengedar koleksi pakaian siap, Prima Valet (PV) menawarkan harga tudung Mira Filzah dan tudung Farah Hanim (Design Pucci dan Floral) pada harga RM1 kepada 200 orang pertama yang menghadiri acara Raya Bergaya di Prima Valet yang akan berlangsung pada Khamis, 25 Mei 2017.
Acara yang akan bermula pada 11 pagi itu akan diadakan di Bangi Ostia Business Avenue.
Menerusi satu kenyataan, PV berkata, setiap 200 pembeli terawal boleh mendapatkan tudung dengan harga RM1 itu sehingga 5 helai setiap seorang.
Bagaimanapun, mereka yang terlepas dari menjadi 200 pembeli pertama masih boleh menikmati harga tudung ekslusif itu pada harga yang sama apabila membeli barangan lain di acara terbabit.
Selain tawaran tersebut, acara Raya Bergaya di Prima Valet akan turut mengadakan persembahan fesyen serta turut diwarnai dengan kedatangan artis-artis popular seperti Fattah Amin, Anzalna, Fazura, Amy Search, Shaheizy Sam yang membuat lelongan koleksi mereka kepada pengunjung.
Alamat acara:
PRIMA VELET SDN BHD
No. 1-19-3A, Jln Medan Pusat Bandar 8
Bangi Sentral, Seksyen 9
43650 Bandat Baru Bangi
Selangor. (Bersebelahan tol Bangi)
Tel:
03-8922 0864
Prima Valet
Prima Valet adalah sebuah nama yang mewarnai dunia fesyen tempatan yang bertindak sebagai sebuah hub pengedar koleksi pakaian siap yang dihasilkan oleh pereka-pereka muda tempatan. Jika sebelum ini, pereka-pereka muda menggunakan media sosial sebagai medium pemasaran, kini Prima Valet mengambil inisiatif memasarkan kesemua produk pakaian di bawah satu bumbung. Penubuhan dan pembukaan Prima Valet ini adalah salah satu cara untuk membolehkan para pembeli melihat dan merasai sendiri secara lebih dekat koleksi rekaan-rekaan yang jika sebelum ini hanya boleh dilihat menerusi alam maya sahaja.
Menurut Pengarah Urusan Prima Valet, Encik Muhd Hilmi bin Che Azman (EL Azman), beliau mensasarkan Prima Valet dapat berkembang dengan meluas untuk tahun pertama serta lebih banyak butik akan dibuka dibawah empayar Prima Valet. Sebagai permulaan, Prima Valet akan membuka empat buah kedai bagi menjalankan operasi perniagaan dan mengangkat fesyen RTW untuk Koleksi Hari Raya sebagai medium utama.
Dalam pada itu, pemilik bersama Prima Valet, Dr Arshad Beg berkata, beliau ingin menjadikan Prima Valet sebagai pusat pemakaian siap (RTW) yang terbesar di Malaysia. Dalam ertikata lain Prima Valet adalah sebuah pusat fesyen yang mampu memberi kepuasan untuk seisi keluarga untuk mendapatkan pakaian siap bagi keperluan untuk semua peringkat umur. Dalam masa terdekat juga Prima Valet akan mensasarkan juga fesyen terkini seperti jaket, cardigan dan baju korporat bersesuaian dengan peredaran masa.
Kesemua koleksi yang dipasarkan adalah bersesuaian untuk semua golongan dari kanak-kanak sehingga ke peringkat dewasa. Selain daripada itu terdapat juga Baju Melayu moden, jubah klasik dan moden serta fesyen muslimah terkini yang menggunakan warna-warna cerah dan sesuai.
Dalam masa yang sama, Prima Valet turut mengalu-alukan orang ramai diluar sana untuk bersama-sama dalam bisnes ini dengan menjadi stokis atau personal shopper.
Pemilik jenama dibawah Prima Valet:
SHASYA HABIB
Asyalliee By Shasya Habib
Sasqia By Shasya Habib
MEYLANA
ELRAH EXCLUSIVE
Amy Search By Elrah Exclusive
Nur Aishah X Elrah Exclusive
Shaheizy Sam X Elrah Exclusive
Michael Ang X Elrah Exclusive
Youme&Hunny X Elrah Exclusive
Altelia Amani X Elrah Eclusive
Puteri Zarith By Altelia Amani
Zukie X Elrah Exclusive
Far8byalteliaamani x Elrahexclusive by FattahAmin
NUR AMIRAH
NURAISHAH
Bagi mendapatkan perkembagan dan tawaran terkini dari Prima Valet, boleh ikuti laman Instagram mereka di @primavalet atau ikuti Facebook mereka: Prima Valet.
✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2r5twaL
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment