Video Viral, Polis Sahkan Firza Merupakan Wanita Dalam Video Sembang Lucah Bersama Rizieq
loading…
Video Viral, Polis Sahkan Firza Merupakan Wanita Dalam Video Sembang Lucah Bersama Rizieq
Video Viral, Polis Sahkan Firza Merupakan Wanita Dalam Video Sembang Lucah Bersama Rizieq |
ARTIKEL MENARIK: Akibatnya Suami Tak Menahan Tengok Bini Berjubah Melekat Di Tubuhnya….!! Si Suami Melakukan Sesuatu Terhadap Bininya Di Khalayak Ramai….!!
loading…
pemimpin Front Pembela Islam (FPI) Indonesia Rizieq Shihab serta aktivis wanita Firza Husein.
Selepas semua penafian yang dilakukan oleh mereka akhirnya pihak polis sendiri telah mengesahkan bahawa wanita yang muncul dalam sembang seks dan berbogel dengan pemimpin Front Pembela Islam (FPI) Indonesia Rizieq Shihab merupakan Firza Husein.
Merujuk kepada laporan Jakarta Post, polis Indonesia telah mengesahkan identiti wanita itu menggunakan pelbagai kaedah, termasuklah perisian mengenal pasti wajah, biometrik dan membandingkan wajah wanita dalam sembang berkenaan dengan Firza yang ditahan pada 4 Februari lalu, kerana disyaki merancang sabotaj terhadap kerajaan.
Pakar mengecam wajah bahagian Sistem Mengenal Pasti Cap Jari polis Indonesia (Inafis), Hery Cahyono, berkata pasukannya juga menggunakan kaedah biometrik ketika memeriksa gambar bogel Firza dalam perbualan di WhatsApp itu dan gambarnya pada kad pengenalan serta pangkalan data Kementerian Dalam Negeri.
“Sistem automatik algorithm menunjukkan semua gambar itu sepadan. Sistem itu tidak akan melaporkan padanan jika gambar berkenaan dari dua orang orang berbeza,” katanya kepada kompas.com.
Awal tahun ini, polis mengarahkan Firza hadir untuk soal siasat selepas petikan sembang di WhatsApp antara Rizieq dan seorang wanita tersebar di Internet.
Firza, penyelaras yayasan Solidaritas Sahabat Cendana yang ada kaitan dengan bekas presiden Soeharto, pernah dilaporkan mempunyai hubungan dengan lelaki sudah berkahwin.
Portal Indonesia melaporkan Firza Husein merupakan seorang janda anak satu, Firza dikatakan mempunyai hubungan rapat dengan Rizieq serta isterinya. Dalam beberapa gambar yang tular di media sosial, Firza dilihat kerap menghadiri pengajian yang diadakan oleh Rizieq.
Peguam Firza, Azis Yanuar berkata: “Kes ini sengaja diada-adakan dan tidak berasas.”
Polis pula mengesahkan Rizieq, 50 tahun, yang sudah beberapa kali tidak mengendahkan arahan polis untuk hadir bagi soal siasat, berada di Jeddah, Arab Saudi.
Peguamnya, Kapitra Ampera, berkata Rizieq berlepas ke Arab Saudi untuk menunaikan umrah dengan keluarganya pada 27 April dan belum pulang ke Indonesia.
FPI ialah pertubuhan yang memperjuangkan untuk melaksanakan undang-udang Syariah di Indonesia dan menjadi penyokong utama Pertubuhan Gerakan Jihad Islam di seluruh dunia serta menyokong konsep Khalifah.
________________________________________________________
Untuk dapatkan makluman berita terkini, viral dan informasi berguna dari blog ini melalui Facebook, sila LIKE page kami:
loading…
loading…
The post Video Viral, Polis Sahkan Firza Merupakan Wanita Dalam Video Sembang Lucah Bersama Rizieq appeared first on Berita Viral.
✍ Sumber Pautan : ☕ Berita Viral
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2pWs6SJ
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment