Hi! Welcome Back and Stay Tune! 105 Individu Ditahan Diperak, Terlibat Kongsi Gelap - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

105 Individu Ditahan Diperak, Terlibat Kongsi Gelap

IPOH – Polis Perak telah menahan 105 individu yang dipercayai terbabit dalam kegiatan kongsi gelap bagi tempoh Januari lalu sehingga semalam.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri Datuk Gan Tian Kee berkata mereka disyaki anggota Geng 04 (40 orang), Geng 08 (32 orang), Geng 360 (23 orang), Geng 24 (6 orang) dan Geng 36 serta Geng 21, masing-masing dua orang.

“Sebanyak 66 kertas siasatan dibuka dengan enam telah dituduh di mahkamah manakala 14 individu tidak dikenakan tindakan lanjut,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Gan juga mendedahkan Geng 360 baru sahaja wujud di Perak susulan penangkapan 23 individu termasuk seorang wanita dua hari lalu di Sungai Siput.

“… sebelum ini tiada anggota geng tersebut di negeri ini,” katanya.

Beliau berkata semua yang ditahan disiasat menurut Akta Pertubuhan 1966.

Ahad lepas, polis Perak menahan 23 individu warga tempatan termasuk seorang wanita kerana dipercayai terbabit dalam kegiatan kongsi gelap menerusi serbuan Op Cantas di Persiaran Lintang Makmor 9, Taman Lintang Makmor di Sungai Siput.

Suspek berusia antara 22 dan 55 tahun itu ditahan ketika sedang menjalankan kegiatan upacara angkat sumpah kongsi gelap, kira-kira 4.30 petang.

– BERNAMA

Loading...



✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2sc3SVq

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.