Hi! Welcome Back and Stay Tune! 1MDB MUNGKIN HANYA BELANJA 0.01% UNTUK TAJA HAJI, KATA KIT SIANG - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

1MDB MUNGKIN HANYA BELANJA 0.01% UNTUK TAJA HAJI, KATA KIT SIANG

Sejumlah RM56 juta yang dibelanjakan oleh 1MDB untuk menaja jemaah haji sejak 2011 berkemungkinan hanya kira-kira 0.01 peratus daripada anggaran jumlah hutang 1MDB yang berjumlah RM50 hingga RM55 bilion.

Pemimpin veteran DAP, Lim Kit Siang mendakwa demikian sebagai mengulas kenyataan Pengerusi Program Khas Perdana Menteri-Yayasan 1MDB Datuk Jailani Ngah yang mendedahkan semalam 1MDB telah menaja 5,711 jemaah haji ke Makkah sejak 2011 dengan kos RM56 juta.

“Ini seolah-olah peruntukan besar kepada amal, tetapi sebenarnya hanya secebis berbanding hutang 1MDB,” kata Lim dalam ceramah di Kelantan, malam tadi.

Bukan itu sahaja, Lim turut mempersoalkan mengapa 1MDB boleh mendedahkan berapa banyak yang dibelanjakan untuk menaja jemaah haji sejak 2011 tetapi belum lagi mendedahkan penyata kewangan penuhnya selama tiga tahun yang lalu.
Tiada siapa yang mengetahui jumlah hutang 1MDB, tambah Lim, yang mana akhirnya akan dibayar oleh generasi rakyat Malaysia.

Akaun 1MDB terakhir untuk diaudit dan diterbitkan, jelasnya, adalah sehingga akhir Mac 2014.

– M’kini

.



✍ Sumber Pautan : ☕ Malaysia Chronicle

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2sXFkyi

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.