Hi! Welcome Back and Stay Tune! MIC KATA DANA DARI BN, BUKAN AKAUN NAJIB - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

MIC KATA DANA DARI BN, BUKAN AKAUN NAJIB

MIC menafikan dakwaan parti itu menerima pembiayaan terus dari akaun peribadi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak selain tuntutan wang daripada dana awam yang disalah gunakan.

“Kami tidak tahu mengenainya,” kata Presiden MIC, Datuk Seri Dr S Subramaniam ketika ditanya sama ada ia adalah perkara biasa bagi MIC untuk menerima dana daripada akaun perdana menteri.

“Sejauh yang kita ketahui, wang itu datang dari BN,” kata Subramaniam sambil menambah ini adalah sesuatu yang normal.

Beliau berkata demikian semasa sidang akhbar di Cheras, Selangor hari ini.

Sarawak Report sebelum ini mendakwa, MIC menerima kira-kira RM19 juta antara tahun 2012 dan 2014 daripada akaun peribadi Najib.

Bendahari Agung MIC, Datuk Seri S Vell Paari juga berkata, tidak ada apa salahnya untuk menerima wang dari perdana menteri.

Ditanya sama ada wujudnya kebimbangan sama ada dana tersebut datang dari sumber 1MDB atau SRC International, jelas Subramaniam, dakwaan itu belum dibuktikan.
“Sehingga terbukti, pada setiap kali pilihan raya, adalah biasa bagi parti-parti komponen BN untuk menerima pembiayaan.

“Itulah prosesnya dan kami ambil dengan niat baik,” tambah beliau.

– M’kini

.



✍ Sumber Pautan : ☕ Malaysia Chronicle

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2uqfIYL

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.