Hi! Welcome Back and Stay Tune! Rumah Kami Itu Adalah Bekas Rumah Bomoh.. Ini Kisah Benar Berlaku.. - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Rumah Kami Itu Adalah Bekas Rumah Bomoh.. Ini Kisah Benar Berlaku..

Paling tak boleh blah dan moment yang paling saya ingat sangat bila kami berpindah ke sebuah rumah ini. Kami berpindah dari rumah lama sebab sewanya mahal dan yang baru ini amat murah. Bayangkan RM350 di Kuala Lumpur. Tetapi rumah itu hanya ada satu bilik sahaja. Kami pun pelik juga kenapa orang tak pernah tinggal lama di rumah itu….
Dulu sebelum kami berkahwin, ramai yang bertanya kenapa nak kahwin awal? Tak reti habis belajar ke? Gatal sangat ke? Tambahan, dia tidak mempunyai apa-apa pada waktu itu. Tiada kereta, motosikal pun tak ada semasa kami berkahwin.
Kenapa? Kenapa? Kenapa?
Jawapannya sebab saya sudah jumpa seorang lelaki yang sangat penyabar melayan karenah saya. Jadi, tak bolehlah lepaskan dia kan? Kah! Kah! Kah!
ENGGAN BEBANKAN IBU BAPA
Bayangkan penyabar dia itu, bagi nafkah tetapi dia pun tak makan tengah hari sewaktu mula-mula berkahwin. Dulu selepas berkahwin, kitorang tidur di atas selimut sahaja. Tak ada pun bising-bising sedangkan dia pun sakit. Dalam beberapa bulan juga begitu sebab masa itu malu nak minta tolong mak ayah.
PELIK RUMAH SEWA MURAH SANGAT
Paling tak boleh blah dan moment yang paling saya ingat sangat bila kami berpindah ke sebuah rumah ini. Kami berpindah dari rumah lama sebab sewanya mahal dan yang baru ini amat murah. Bayangkan RM350 di Kuala Lumpur. Tetapi rumah itu hanya ada satu bilik sahaja. Kami pun pelik juga kenapa orang tak pernah tinggal lama di rumah itu. Yela, murah kot?
Rupa-rupanya rumah kami itu adalah bekas rumah bomoh. Jadi faham-faham sajalah, haha! Kemudian jiran sendiri yang mengaku rumah itu ada dihuni oleh ‘sesuatu’. Pernah ada kejadian berlaku ketika saya sedang mengaji, songkok Syammil tiba-tiba terjatuh. Tak tahulah sama ada disebabkan oleh angin atau apa.
Menurut jiran, ada hantu perempuan selalu menangis di depan rumah saya. Penghuni yang sebelum ini pun pernah juga terjumpa tetapi kami tak pernah pula terjumpa apa-apa.
Sewaktu belajar dulu, saya tinggal di Shah Alam. Syammil duduk seorang diri. Kitorang husband and wife weekend gitu. Dia sampai nampak pocong masa duduk seorang-seorang tengah malam. Depan rumah lagi. Esoknya terus demam. Kasihan Syammil. Yang penting nak dekat dua tahun juga kitorang tinggal di rumah itu dan jiran pun kata kamilah yang paling lama menyewa. Hahaha!
Alhamdulillah sekarang saya dah bekerja dan kami juga sudah berpindah ke rumah lain. Semoga abang terus sabar melayan karenah saya yang gila-gila ini ye. Okay, penat puji. 23 haribulan, harijadi. Nak hadiah… hahaha!
Sumber : Sehinggit


✍ Sumber Pautan : ☕ Edia Media

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2u6I1fD

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.