Hi! Welcome Back and Stay Tune! “Awak didapati memandu laju dan telah melanggar hati saya” – Gambar kahwin paling win! - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

“Awak didapati memandu laju dan telah melanggar hati saya” – Gambar kahwin paling win!

Jaga-jaga jangan sampai terlanggar, sebab kalau sekali langgar, ‘akibatnya’ terpaksa ditanggung seumur hidup.

"Awak didapati memandu laju dan telah melanggar hati saya" - Gambar kahwin paling win!

“Awak didapati memandu laju dan telah melanggar hati saya” – Gambar kahwin paling win!

Demikian yang berlaku kepada Khairul Anuar yang telah ‘melanggar’ hati Wahidah Yazid sehingga beliau terpaksa membayar saman RM22.50 (mas kahwin) dan penjara seumur hidup di dalam hati wanita berkenaan.

Gambar-gambar perkahwinan Khairul Anuar dan Wahidah telah menjadi tular di media sosial disebabkan jalan ceritanya yang ringkas tetapi menarik.

 

Individu yang merakamkan gambar-gambar kreatif ini, Amirul Hafiz Johari, 23, berkata idea ini diperolehi secara spontan ketika pulang dari sesi penggambaran pasangan pengantin berkenaan yang sebelum itu dilakukan di tepi pantai.

“Dalam perjalanan pulang, saya terfikir untuk tambah gambar dan buat sikit kelainan memandangkan kedua-dua mereka adalah anggota penguatkuasa.

“Kebetulan pula mereka berdua ‘sporting’ dan tak ada urusan lain, jadi mereka tak kisah luangkan masa untuk bergambar,” katanya kepada mStar Online.

-foto FB Amirul Hafiz Johari

Amirul Hafiz yang merupakan jurugambar sepenuh masa di Light of Love Photography berkata, Khairul Anuar adalah seorang anggota tentera dan Wahidah berkhidmat sebagai penguatkuasa trafik Polis Diraja Malaysia di Sarawak.

Amirul Hafiz berkata gambar-gambar tersebut dirakamkan di Tanjung Sedili, Kota Tinggi, Johor, pada 15 Mei lalu.

“Masa tu tengah hari, nasib baik pasangan pengantin jenis suka bergambar dan tak ada masalah bila disuruh ‘posing’,” katanya.

Mengulas mengenai keterangan pada gambar yang membuatkan ramai tersenyum apabila membacanya, Amirul Hafiz berkata, idea itu diperolehi sebelum gambar-gambar tersebut dirakamkan.

“Saya dapat idea untuk ‘caption’ gambar dulu, kemudian barulah saya ambil gambarnya,” katanya yang mengambil masa kira-kira 15 minit untuk sesi tersebut.

Katanya, gambar-gambar tersebut telah dimuat naik di Facebook pada Mei lalu, tetapi disebabkan mahu berkongsi dengan seorang rakan, beliau terpaksa menukar mod privasi Facebook peribadinya kepada ‘tatapan awam’ pada Khamis sebelum ia menjadi tular.

Sumber: Mstar



Sumber “Awak didapati memandu laju dan telah melanggar hati saya” – Gambar kahwin paling win!

✍ Sumber Pautan : ☕ Trending Now

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2u6AX2o

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.