Kelegaan Kepada ECB Dengan Kenaikan Inflasi, Trend Gaji Cabaran Utama
Inflasi Zon-Eropah meningkat bulan ini seperti yang ditunjukkan oleh data yang dikeluarkan petang tadi. Ia adalah satu kelegaan kepada European Central Bank (ECB) setelah dunia dijangka berhadapan dengan harga minyak mentah yang rendah dalam beberapa bulan akan datang.
ECB kini masih gagal mencapai sasaran inflasi sejak empat tahun lalu dan terdesak untuk melonjakkan harga dengan kelemahan dalam harga komoditi.
Inflasi jika tidak mengambil kira harga barangan yang volatile (turun-naik) seperti makanan dan tenaga, naik 1.2% pada Jun dari 1.0% sebelum itu berikutan lonjakan kos-perkhidmatan yang meletakkan core-CPI melebihi jangkaan pasaran 1.0%. Sasaran inflasi ECB adalah sedikit di bawah 2%.
ECB bergelut dengan pertumbuhan rendah harga dalam ekonomi, merangsang ekonomi dengan pembelian aset dan kadar faedah negatif. Semua ini adalah bertujuan meningkatkan inflasi disamping menyokong pengembangan ekonomi.
Tetapi dengan pertumbuhan Zon Eropah yang semakin pantas, Presiden ECB Mario Draghi memberi isyarat pengetatan polisi pada Selasa, tetapi masih menjelaskan ekonomi masih memerlukan akomodasi. Dalam konteks ini, ECB mempunyai peluang mengurangkan rangsangan dalam jangka pendek.
Sememangnya pasaran menjangka ECB membuat keputusan bagi melanjutkan atau mengurangkan pembelian aset yang berjumlah 2.3 trillion euro.
“Kami menjangka ECB akan mengumumkan perubahan polisi mereka pada September dalam bentuk pengurangan jumlah pembelian bon bermula pada awal 2018 dan juga pengurangan yang begitu beransur-ansur,” kata penganalisis di Nordea Tuuli Koivu.
Cabaran terbesar ECB ketika ini adalah pertumbuhan gaji yang melemah kepada 1.4% pada suku pertama walaupun pertumbuhan ekonomi mencapai paras tertinggi sejak 10 tahun lalu. Ini menunjukkan tekanan inflasi yang rendah dalam beberapa komponen inflasi Zon Eropah.
The post Kelegaan Kepada ECB Dengan Kenaikan Inflasi, Trend Gaji Cabaran Utama appeared first on MOSHED.COM.
✍ Sumber Pautan : ☕ MOSHED.COM
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2stHUbU
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment