Hi! Welcome Back and Stay Tune! SELAIN BERAYA, APA TUN M BUAT DI LONDON? - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

SELAIN BERAYA, APA TUN M BUAT DI LONDON?

PETALING JAYA – Ramai sedia maklum Tun Dr Mahathir Mohamad menyambut Aidilfitri bersama anak dan cucunya di London tahun ini.

Dalam kesibukannya menyambut 1 Syawal, bekas perdana menteri ini sempat juga meluangkan masa melawat lokasi tragedi kebakaran Grenfell Tower.

Berdasarkan gambar-gambar yang dimuat naik di laman Facebook Kelab Che Det, Dr Mahathir dilihat sempat mengambil beberapa keping gambar di lokasi yang meragut sekurang-kurangnya 12 nyawa, malahan ratusan masih hilang dan dikategorikan sebagai maut akibat kejadian pada bulan Ramadan itu.

Namun tidak dapat dipastikan bila dan dengan siapa beliau melakukan kunjungan tersebut.

Pada 15 Jun lalu, penyanyi terkenal Adele turut melawat lokasi yang sama sebagai memberi penghormatan kepada mangsa tragedi.

Pada 25 Jun, foto bekas Presiden Umno itu menyambut Aidilfitri di Yayasan Sofa College, Acton bersama masyarakat tempatan dan rakyat Malaysia menjadi viral di media sosial.

Difahamkan, Dr Mahathir dan ahli keluarganya terbang ke London beberapa hari sebelum berakhirnya Ramadan.

– Mstar

.



✍ Sumber Pautan : ☕ Malaysia Chronicle

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2tszmWZ

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.