Hi! Welcome Back and Stay Tune! Wanita Pengsan Selepas Terpatahkan Gelang Jed RM200,000 - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Wanita Pengsan Selepas Terpatahkan Gelang Jed RM200,000

Ramai daripada anda yang gemar mencuba barangan yang dijual di kedai, walaupun tidak berniat untuk membelinya.

Insiden yang terjadi baru-baru ini mungkin membuatkan anda berfikir berkali-kali untuk berbuat demikian, apa lagi jika harga barangan yang mudah pecah atau rosak itu mencecah angka ribuan ringgit.

Seorang pelancong wanita di China, jatuh pengsan selepas secara tidak sengaja mematahkan sebentuk gelang jed, selepas mencubanya.

Wanita yang identitinya tidak didedahkan itu, pengsan apabila menyedari gelang tersebut berharga 300,000 yuan (RM190,000)!

Menurut laporan portal CGTN, kejadian berlaku ketika wanita itu mengunjungi pasar Jed Ruili Jiegao di wilayah Yunnan.

Dia kemudiannya mencuba gelang jed berkenaan dan ketika gelang itu ditanggalkan, ia terlepas dari genggaman dan jatuh ke lantai. Akibatnya, gelang itu patah dua.

Nilai dan harga gelang itu disahkan melalui satu sijil yang dikeluarkan oleh Ruili Gem and Jade Association, dan disokong oleh Pentadbiran Industri dan Perdagangan Ruili.

Pihak kedai itu kini dilaporkan sedang membincangkan cara terbaik untuk wanita itu membayar ganti rugi gelang tersebut.

Sumber: Astro Awani


Koleksi video viral edisi 2017




✍ Sumber Pautan : ☕ Oh! Semput

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2tsGdzy

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.