Hi! Welcome Back and Stay Tune! ‘Ibu Pengkritik, Sahabat Terbaik’ – Wany Hasrita - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

‘Ibu Pengkritik, Sahabat Terbaik’ – Wany Hasrita

Lagu Menahan Rindu ternyata membawa nama Wany Hasrita sebagai antara penyanyi muka baru paling popular di kalangan rakan selebriti seangkatannya.

Ternyata, penangan lagu tersebut juga memberi seribu satu makna buat anak jati Kuala Lumpur ini untuk terus membina nama di arena seni suara tanah air.

Single keduanya, Di Sana Cinta Di Sini Rindu yang turut menampilkan Tajul sebagai rakan duet memberi legasi positif dalam profil seni pemilik nama lengkap Nursyazwany Hasrita Hasbullah ini.
Menyifatkan dirinya cukup bertuah kerana mempunyai kelompok peminat yang begitu jitu memberikan sokongan, Wany pada masa sama akui, semua yang dikecapi ini tidak akan berjaya digapai seandainya tiada dorongan semangat dari orang tua.

Kongsinya, ibu (Norita Jaafar) menjadi individu yang tidak penah lelah dalam memberikan semangat buat saya agar terus maju. Bukan sahaja dalam nyanyian, tetapi akademik.

“Ibu banyak berikan pandangan juga nasihat. Malah, dialah individu yang jadi pengkritik terbaik untuk saya.

Selain sering menemani di setiap persembahan pentas, ibu jugalah merupakan sahabat terbaik. Malah sejak bulan puasa lalu sehinggalah sekarang, ibu jugalah yang setia di sisi saya selain sibuk melakukan persiapan raya. Memang ibu tak menang tangan,” katanya berseloroh.

Bercerita mengenai sambutan Syawalnya pula, Wany memberitahu raya tahun ini begitu bermakna kerana dapat beraya di rumah baru

“Secara kebetulan, kami baru saja berpindah pada Mei lalu. Jadi bolehlah dikatakan kami akan sambut 1 Syawal di kediaman baru. Dulu kami tinggal di Semenyih. Memandangkan jaraknya yang agak jauh dari Kuala Lumpur, jadi kami keputusan untuk cari rumah di sekitar Cheras saja.

“Niat untuk lakukan rumah terbuka itu memanglah ada, khusus untuk keluarga dan rakan terdekat,”akui Wany yang turut mengisi masa beraya di Bagan Datoh, Perak.

Tambahnya lagi, cuti rayanya seminggu saja dan selepas itu, Wany sudah menerima beberapa tawaran untuk membuat persembahan pentas.

“Alhamdulillah dengan rezeki yang dilimpahkan. Terima kasih juga saya ucapkan buat semua peminat, rakan media yang selama ini juga tidak putus-putus memberikan sokongan.

“Di kesempatan ini juga, saya ini memohon maaf buat semua andaiada tersilap kata dan tingkah laku sepanjang saya terlibat dalam seni. Kosong-kosong ya,” akhiri Wany yang turut memasang impian untuk menyambung pengajian di peringkat Master dalam tempoh terdekat.

The post ‘Ibu Pengkritik, Sahabat Terbaik’ – Wany Hasrita appeared first on Berita Viral.



✍ Sumber Pautan : ☕ Berita Viral

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2sXPSxp

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.