Pemilik beraya di kampung, kucing menginap di ‘hotel’
Perkhidmatan “hotel kucing” kian mendapat sambutan ramai berbanding tahun-tahun sebelum ini.
Kebanyakan pemilik kucing yang bakal berhari raya di kampung masing-masing menempah hotel lebih awal dan dua minggu sebelum sambutan Aidilfitri, lapor Sinar Harian.
Malah, Tengku Nurudeen Tengku Mohd Affandi berkata pihaknya mahu menambah sangkar untuk memuatkan 150 kucing pada masa depan.
“Boleh dikatakan hampir separuh daripada 100 sangkar yang kami sediakan penuh,” kata pemilik Cats Wonderland itu pada laporan khas akhbar tersebut.
Hotel di sini yang beroperasi sejak dua tahun lalu juga memiliki cawangan di Taman Tun Dr Ismail (TTDI) Jaya, Shah Alam dan Bandar Puncak Alam.
Beliau berkata pekerja memantau kucing bagi memastikan keadaannya terjaga dari segi makanan, keselesaan dan kebersihan.
Namun, Tengku Nurudeen berkata pihaknya hanya menerima haiwan peliharaan yang sudah divaksin bagi memastikannya bebas penyakit.
Beliau berkata kucing berusia bawah tiga tahun tidak diterima kerana haiwan peliharaan itu belum boleh divaksin.
“Kami mahu pemilik meninggalkan kucing mereka dengan tenang tanpa perasaan bimbang keadaan haiwan kesayangan mereka di hotel kami,” kata pencinta kucing itu.
Sumber: Projek MMO
Sumber Pemilik beraya di kampung, kucing menginap di ‘hotel’
✍ Sumber Pautan : ☕ Macam Macam hal laaaa... Anda patut tahu!!!
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2triL6k
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment