Hi! Welcome Back and Stay Tune! Remaja Cedera Parah Mercun Bola Meletup Secara Tiba-Tiba Dalam Raga Motor - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Remaja Cedera Parah Mercun Bola Meletup Secara Tiba-Tiba Dalam Raga Motor


Kemalangan membabitkan mercun bukan perkara baru, namun orang ramai terutama dari kalangan anak-anak Melayu bagai tidak serik bermain dengan benda berbahaya itu.

Terbaru, nasib malang menimpa seorang remaja lelaki berusia 13 tahun apabila mercun bola di dalam raga motosikal ditunggang meletup secara tiba-tiba.

Memetik Harian Metro, dalam kejadian petang kelmarin di Salor, Kota Bharu itu, remaja terbabit cedera di kaki, tangan dan kepala.

Mangsa dihantar ke klinik berhampiran sebelum dirujuk ke Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) untuk rawatan lanjut. Menurut laporan, difahamkan mangsa meletakkan mercun bola di dalam raga motosikal ditunggangnya sebelum ia tiba-tiba meletup.

Pengarah HRPZ II Dr Selasawati Ghazali mengesahkan mangsa mendaftar masuk untuk rawatan lanjut pada jam 5.57 petang, kelmarin.

“Selepas menerima rawatan, dia kini dilaporkan stabil,” katanya. Bagaimanapun, keluarga mangsa masih belum bersedia ditemu bual berhubung kejadian itu. - www.kakishare.my

Koleksi video viral edisi 2017




✍ Sumber Pautan : ☕ Oh! Semput

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2tsv81x

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.