Lelaki Ini Kongsi Cara Mudah Hapuskan Lipas Dalam Kereta Sehingga Ramai Netizen Yang Nak Cuba Sendiri
Bagi pemilik kereta terutama yang mempunyai anak-anak pasti menghadapi masalah lipas yang beranak pinak di dalam kereta. Macam-macam tip seperti minyak masak dan majerin turut menjadi perhatian netizen.
Terbaru, perkongsian dari Maymen Mahali ini yang menggunakan racun serangga jenama Fumakilla Vape ini mendapat perhatian netizen sehingga menjadi trending di media sosial. Mungkin selepas ini ramai yang akan cuba dalam kereta masing-masing.
Sebelum ini ada terbaca post tentang orang sembur racun Fumakilla Vape di dalam tandas sampai cicak pun jatuh tersungkur. Jadi, dari post itu aku dapat idea.
Semalam balik dari open house, aku gigih pergi mencari benda ini. Aku pun semburlah sekali dalam kereta. Selepas itu masuk rumah dan tidur dengan harapan agar serangga dalam kereta itu bisa mampus.
Pagi ini pergi periksa keadaan dalam kereta. Selalu kalau masuk kereta, adalah empat atau lima ekor lipas yang akan menunjukkan dirinya. Tapi tak sangka pula kali ini begitu ramai keluarga lipas ini muncul.
Malam ini aku nak sembur lagi benda ini dengan harapan terhapuslah saki baki keluarga lipas ini.
Ini adalah iklan Fumakilla Vape yang tidak berbayar. Harap maklum. Hahaha!
Koleksi video viral edisi 2017
✍ Sumber Pautan : ☕ Oh! Semput
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2t7JAtJ
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment