Hi! Welcome Back and Stay Tune! Naik-Turun Pasaran Tukaran Matawang Forex Setakat Petang Ini - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Naik-Turun Pasaran Tukaran Matawang Forex Setakat Petang Ini

US dolar mendapat sedikit sokongan berbanding matawang major yang lain pada Jumaat, tetapi masih hampir di paras terendah lapan bulan lalu berikutan jangkaan pengetatan polisi di Eropah dan UK.

Eur/Usd setakat pukul 6 petang susut 0.30% kepada 1.1407 hanya sedikit di bawah paras tertinggi 13 bulan lalu. Eurostat sebentar tadi mengeluarkan data harga pengguna Zon Eropah yang meningkat secara tahunan kepada 1.3% pada Jun di atas jangkaan pasaran 1.2% dan 1.4% yang dicatat pada Mei.

Manakala inflasi-teras (Core-CPI) yang tidak mengambil kira barangan makanan, tenaga, alkohol dan tembakau meningkat 1.1% pada Jun selepas mencatat kenaikan 0.9% pada Mei. Jangkaan pasaran bagi data kali ini ialah kenaikan 1.0%.

Matawang Euro mengukuh selepas komen Presiden Draghi pada Selasa yang dilihat sebagai hawkish.

Gbp/Usd ketika ini susut 0.10% dan didagang di bawah 1.3000 setakat pukul 6.10 petang. Data pertumbuhan GDP sebentar tadi yang dikeluarkan menunjukkan kenaikan 0.2% pada suku pertama sejajar dengan jangkaan pasaran.

Pound juga sama seperti Euro disokong oleh ucapan Gabenor Carney pada Rabu yang mengatakan keperluan mengurangkan rangsangan monetari beberapa bulan akan datang jika ekonomi terus beroperasi pada kapasiti penuh.

Pasangan matawang utama yang lain seperti Usd/Jpy susut 0.20% kepada 111.98, manakala Usd/Chf naik 0.27% kepada 0.9584.

Dolar Australia, Aud/Usd naik 0.04% manakala Nzd/Usd naik 0.40% kepada 0.7330.

Awal Jumaat dalam sesi Asia kita telah melihat data penting indeks PMI China merekod bacaan memberangsangkan yang melebihi jangkaan pasaran khususnya sektor pembuatan negara ekonomi kedua terbesar dunia itu.

Indeks US dolar ketika ini berada di sekitar 95.47 tidak jauh dari paras terendah lapan bulan lalu 95.37.

The post Naik-Turun Pasaran Tukaran Matawang Forex Setakat Petang Ini appeared first on MOSHED.COM.



✍ Sumber Pautan : ☕ MOSHED.COM

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2straS4

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.