Hi! Welcome Back and Stay Tune! Air keruh: Kawasan KL, Petaling dan Hulu Langat dijangka alami gangguan air - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Air keruh: Kawasan KL, Petaling dan Hulu Langat dijangka alami gangguan air

KUALA LUMPUR: Kawasan di ibu negara, Petaling dan Hulu Langat dijangka mengalami gangguan bekalan dan tekanan air berikutan pengurangan kadar pengeluaran air terawat di Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Langat.

Ketua Jabatan Komunikasi Kumpulan Air Selangor Amin Lin Abdullah berkata hujan lebat di kawasan loji berkenaan pada petang Sabtu (17 Jun) telah mengakibatkan kekeruhan tinggi di sumber air mentah Sungai Langat.

"Demi memastikan air terawat daripada LRA mematuhi standard kualiti air minuman yang ditetapkan Kementerian Kesihatan, kadar pengeluaran air terawat terpaksa dikurangkan untuk merawat kekeruhan air mentah," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Katanya, 173 kawasan di Kuala Lumpur dijangka terjejas antaranya Desa Tun Razak; Jalan Salak Selatan; Wisma Putra; Jalan Loke Yew; Taman Bukit Seputeh; Taman Pandan Mewah; Taman Koperasi Polis; Taman Desa Aman; Jalan Langgak Golf; Taman Cheras Permata dan Taman Koperasi Cuepacs.

Kawasan di Hulu Langat pula melibatkan antaranya Bandar Tun Hussein Onn; Kawasan Industri Balakong Jaya; Taman Sungai Besi Indah 1, 2 dan 3 serta Taman Putra Budiman.

Sementara di Petaling, gangguan bekalan air melibatkan antaranya Perumahan Polis Taman Desa Tasik Sungai Besi; Masjid Al-Muqarobin Desa Tasik; PPRT Desa Tasik; Kondominium Midfield Jalan Sungai Besi dan Perumahan Tentera Jalan Labuan Bandar Tasek Selatan.

Katanya, bekalan air bantuan akan dihantar melalui lori tangki ke kawasan yang terlibat dan pengguna boleh memohon bekalan air bantuan dengan menghantar SMS kepada 15300 (Taip Tanker Nama & Alamat).

-- BERNAMA



✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2tg7yCw

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.