Hi! Welcome Back and Stay Tune! Polis Tembak Mati Penjenayah Aktif Seludup Senjata Api, Dadah - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Polis Tembak Mati Penjenayah Aktif Seludup Senjata Api, Dadah

ALOR SETAR – Seorang penjenayah yang dipercayai aktif dalam aktiviti penyeludupan senjata api dan dadah dari negara jiran ditembak mati polis di kawasan persimpangan Kampung Weng Dalam, Baling, semalam.

Ketua Polis Kedah Datuk Asri Yusoff berkata dalam kejadian kira-kira pukul 4.25 pagi itu, sepasukan polis dari Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kedah yang melakukan rondaan terserempak dengan kenderaan suspek yang berhenti di tepi jalan.

“Pihak polis telah menghampiri kereta jenis Toyata Vios yang dinaiki lelaki berumur 41 tahun itu sebelum mengarahkan suspek keluar untuk pemeriksaan namun suspek telah melepaskan beberapa das tembakan dari arah dalam kereta.

“Selepas itu, suspek terus keluar dari pintu hadapan penumpang dan melepaskan beberapa lagi das tembakan ke arah pasukan polis. Polis telah membalas tembakan dan menyebabkan suspek mati akibat terkena dua tembakan di bahagian dada dan kepala,” katanya dalam sidang media di sini, hari ini.

Beliau berkata hasil pemeriksaan lanjut telah menjumpai sepucuk pistol semi auto jenis Norinco, lapan paket plastik lutsinar disyaki dadah jenis heroin seberat 40 gram bernilai RM1,000 dan dua pasang nombor pendaftaran kenderaan palsu.

“Semakan terhadap nombor kereta Toyota Vios juga mendapati suspek telah menggunakan nombor pendaftaraan palsu dan disyaki kereta terbabit dari negara jiran,” katanya.

Asri berkata pada hari yang sama kira-kira pukul 6.30 pagi, polis telah melakukan pemeriksaan di rumah suspek di Kampung Selarong, Perak yang dihuni bersama isterinya warga Thailand yang berusia 30-an.

“Hasil pemeriksaan, polis telah menjumpai satu bom buatan sendiri jenis batang paip, pelbagai jenis peluru hidup dan dadah jenis syabu seberat 250 gram yang dianggar bernilai RM17,500. Polis turut menahan isteri suspek untuk siasatan lanjut.

“Suspek yang bergerak secara sendiri ini turut mempunyai tiga rekod jenayah lampau yang melibatkan kes pecah rumah dan ugutan jenayah dan mayat suspek telah dihantar ke Hospital Sultanah Bahiyah untuk bedah siasat,” katanya.

Katanya, kes disiasat di bawah Seksyen 3 Akta Senjata Api 1971, Seksyen 307 Kanun Keseksaan dan Seksyen 39 Akta Dadah Berbahaya 1952. – BERNAMA

Loading...



✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2tfYDRJ

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.