‘Drive Thru’ Ponteng Puasa Ke Tu?
IPOH – Kehadiran beberapa kereta yang menunggu ‘drive thru’ pada waktu tengah hari di hadapan sebuah restoran terkenal di bandar ini telah menimbulkan tanda tanya orang ramai.
Lapor Peraktoday, tinjauan sekitar jam 12 tengah hari pada Rabu minggu lalu mendapati beberapa buah kenderaan sedia beratur panjang menanti tempahan ‘menu istimewa’ dari restoran ini.
Menerusi gambar, kelihatan pelayan restoran menghantar bungkusan ke dalam setiap kereta yang sedia dan sabar menanti itu.
Kebanyakkan pelanggan dilkatakan hanya perlu menanti ‘juadah istimewa’ dan tidak perlu keluar dari kenderaan masing-masing apabila pekerja kedai tersebut sudah bersedia dengan bungkusan tersebut.
Difahamkan situasi ‘misteri’ ini bukannya kali pertama dan dikatakan semakin mendapat sambutan apabila tiba bulan Ramadan.
Adakah ini fenomena ponteng puasa? Mungkin pihak berwajib boleh meninjau lokasi dan memantau keadaan ini.
Menurut netizen, restoran itu dimiliki lelaki berbangsa Cina yang menjual hidangan Nasi Kandar Ayam Merah serta Nasi Ganja yang juga merupakan menu terlaris di premis itu.
Ia sering dikunjungi beberapa pelanggan berbilang kaum dan pelbagai latar belakang agama setiap hari. –MYNEWSHUB.CC
Loading...
✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2rEiMnp
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment