Hi! Welcome Back and Stay Tune! Remaja Maut Terkena Renjatan Elektrik Di Bentong - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Remaja Maut Terkena Renjatan Elektrik Di Bentong

KUANTAN – Seorang remaja lelaki berusia 17 tahun maut selepas terkena renjatan elektrik di rumahnya di Felda Lurah Bilut, Bentong, malam tadi.

Ketua Ketua Polis Daerah Bentong Supt Mohamad Mansor Mohd Nor berkata kejadian berlaku pada pukul 11 malam ketika Muhammad Noor Qayyum Noor Asmadi dikatakan sedang menarik wayar dari dalam rumah ke bahagian luar.

“Semasa kejadian, mangsa dilaporkan berada seorang diri di rumah dan cuba menarik lingkaran wayar elektrik ke luar rumah berdasarkan penemuan beberapa lingkaran wayar di tempat kejadian.

“Seorang rakan mangsa yang berada tidak jauh dari tempat kejadian kemudian terdengar jeritan mangsa dan bergegas ke tempat kejadian sebelum menemui mangsa dalam keadaan tidak sedarkan diri di atas tanah,” katanya ketika diihubungi di sini hari ini.

Menurutnya mangsa kemudian telah dibawa ke Klinik Kesihatan Lurah Bilut sebelum disahkan meninggal dunia oleh doktor yang bertugas.

Mangsa kemudiannya dibawa ke Hospital Bentong untuk bedah siasat sebelum dituntut ahli keluarga bagi urusan pengebumian pagi tadi.

Mansor berkata, hasil bedah siasat mendapati terdapat kesan melecur di tangan kiri mangsa akibat aliran elektrik dan polis mengklasifikasikan kematian remaja itu sebagai mati mengejut. – BERNAMA

Loading...



✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2soKH85

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.