Hi! Welcome Back and Stay Tune! Komposer Julfekar Dan Isteri Kemalangan - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Komposer Julfekar Dan Isteri Kemalangan

PERJALANAN pulang ke Kuala Lumpur komposer, Julfekar Ahmad Shah dan isteri terjejas selepas terlibat dalam kemalangan jalan raya di Jalan Kuala Pilah, Negeri Sembilan, petang, semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 5 petang itu, Julfekar bersama isterinya, penyanyi Min Yasmin dalam perjalanan pulang ke Kuala Lumpur terkejut apabila kenderaan mereka dirempuh sebuah motosikal.

Harian Metro melaporkan, kenderaan komposer tersebut dirempuh penunggang motosikal ketika mereka membuat pusingan U menghala ke Kuala Lumpur.

“Saya dan isteri panik. Apabila keluar, saya melihat penunggang terbaring dengan kesan luka dan darah di tangan,” katanya.

Menurutnya, selepas memberi bantuan kepada penunggang itu, dia bersama isteri ke Ibu Pejabat Daerah (IPD) Kuala Pilah bagi membuat laporan.

Susulan kejadian itu, pintu sebelah kanan kereta calar dan kemek, namun dia dan isteri tidak mengalami sebarang kecederaan.

“Bagi saya itu tak mengapa asal kami suami isteri dan penunggang itu selamat. Itu yang lebih penting kerana kereta boleh diperbaiki.

“Saya sempat menasihati lelaki itu agar tidak menunggang laju terutama dalam kesesakan lalu lintas,” katanya.-MYNEWSHUB.CC

Loading...



✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2tf976M

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.