Hi! Welcome Back and Stay Tune! Makanan Paling Jijik Dengan Penyediaan Kejam - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Makanan Paling Jijik Dengan Penyediaan Kejam

PERTUBUHAN organisasi haiwan People for the Ethical Treatment of Animal (PETA), telah mengecam beberapa restoran di Amerika Syarikat yang menyediakan hidangan sotong kurita untuk dimakan hidup-hidup.

Sebenarnya, bukan sotong kurita sahaja yang menjadi ‘mangsa’ kekejaman manusia atas nama hidangan eksotik, tetapi banyak restoran di dunia ini melakukan hal yang sama kepada beberapa sepsis haiwan.

Tindakan itu dianggap sebagai perkara biasa bagi warga tempatan, malah ia turut dianggap sebagai satu cara untuk mengekalkan khasiat hidangan berkenaan.

Berikut adalah hidangan yang dianggap jijik di sesetengah tempat dengan cara yang paling kejam di dunia;

Sotong kurita hidup

Cara penyajian kurita hidup sebenarnya berasal dari korea selatan dengan nama Sannakji. Cara menghidangkannya adalah dengan memotong tantakel sotong kurita yang masih hidup dan disiat. Ia kemudiannya disajikan dengan kicap dan minyak bijan dan terus dimakan.

Katak hidup

Di negara Jepun, bukan ikan sahaja yang menjadi bahan utama untuk penyediaan sashimi, malah katak juga turut menjadi ‘mangsa’. Cara menghidangnya adalah dengan menikam katak dan kemudiannya kepalanya dipotong dan disiat kulitnya secara hidup-hidup. Ia dihidangkan bersama ais, kicap masin dan hirisan limau. Katak yang dihidangkan di pinggan sajian juga masih bergerak-gerak ketika dijadikan hidangan!

Anak tikus

San Zhi Er merupakaan hidangan anak tikus yang baru lahir dicelup ke dalam minyak panas merupakan hidangan yang popular di daerah Guangdong, China.

Ia dilaporkan telah disajikan sejak tahun 1949 lagi dan nama hidangan ini sebenarnya mempunyai maksud ‘kejamnya’ yang tersendiri. Tiga patah perkataan San, Zhi, Er, yang bermaksud bunyi kesakitan yang timbul dari sajian tersebut, bunyi pertama datang dari tikaman pisau, kedua celupan minyak panas dan ketiga bunyi saat mengunyah bayi tikus itu.

Otak monyet

Sajian ini berasal dari Asia. Cara penyajiannya adalah sangat kejam dan sadis. Dengan mengepit kepala seekor monyet hidup-hidup di sebuah meja, kepala haiwan itu kemudianya diketuk dengan tukul sebelum tempurung kepalanya dibuka dan otaknya dimakan mentah-mentah.

Burung Ortolan yang dilemaskan

Hidangan ini berasal dari Perancis. Ia dihidangkan dengan burung Ortolan akan dikurung di dalam sebuah sangkar sempit dan hanya diberi makan anggur dan daun ara sahaja sehingga haiwan itu gemuk dan tidak mampu bergerak. Kemudiannya, ia akan dilemaskan dalam sejenis arak bernama Armagnac dan dipanggang beberapa minit. Cara memakannya juga agak pelik iaitu dengan mata yang tertutup. Ia bertujuan untuk menghidu aroma Armagnac serta untuk menyembunyikan kekejaman ini. – MYNEWSHUB.CC

Loading...



✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2teSyYI

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.