Hi! Welcome Back and Stay Tune! MASJID KECOH AKIBAT LITAR PINTAS - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

MASJID KECOH AKIBAT LITAR PINTAS

PETALING JAYA – Suasana di Masjid Al-Mubin Kampung Teluk Pauh Panji, Kota Bharu, Kelantan pada pagi Aidilfitri bertukar kecoh apabila berlaku kebakaran yang disebabkan litar pintas.
Insiden itu berlaku ketika para jemaah mahu menunaikan solat sunat Aidilfitri, pagi Ahad.
Rakaman detik cemas berdurasi 10 saat itu yang menjadi tular di laman sosial menyaksikan jemaah bertempiaran lari untuk menyelamatkan diri.
Kawasan masjid turut dipenuhi asap.
Turut kedengaran bunyi letupan kecil dan percikan api di dalam masjid tersebut.
Menurut maklumat yang dikongsi pengguna Facebook Putera Kelatan, tiada kemalangan jiwa dilaporkan.
“Selepas selesai solat sunat Aidilfitri, tak sempat nak baca khutbah, tiba-tiba berlaku litar pintas dekat meter elektrik. Semuanya selamat.
“Kami bagi pihak masjid memohon maaf di atas kesulitan yang berlaku. Pendawaian dalam proses lagi. Terima kasih kepada pihak bomba kerana dapat menyelamatkan kebakaran tadi,” katanya.
Sementara itu, Mohd Shah berkata:”Sabar dan reda, ada sebab musababnya setiap ujian Allah SWT.”
– Mstar


✍ Sumber Pautan : ☕ Malaysians Must Know the TRUTH

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2tboNHv

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.