Hi! Welcome Back and Stay Tune! ‘MUHYIDDIN JANGAN JADI MUNAFIK’ - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

‘MUHYIDDIN JANGAN JADI MUNAFIK’

Tan Sri Muhyiddin Yassin cuba menangguk di air keruh dengan memfitnah secara liar Datuk Seri Najib Razak, Datin Seri Rosmah Mansor dan 1MDB ekoran permohonan terbaru saman sivil Jabatan Kehakiman (DOJ) AS.

Saman sivil DOJ tidak membuktikan mana-mana pihak telah melakukan jenayah. Sama seperti pendirian Peguam Negara Malaysia.

Ia difailkan berdasarkan aduan awam dan seperti kenyataan DOJ sendiri, ia tidak membuktikan bahawa sebarang dakwaan yang dibuat dalam aduan ini benar melainkan selepas mahkamah AS memutuskan ia adalah benar.

Jika DOJ mempunyai bukti prima facie mengenai setiap dakwaan, sudah tentu mereka akan membuat pendakwaan langsung terhadap penjenayah yang terlibat dan merampas aset-aset tersebut di bawah Akta Pengubahan Wang Haram AS dan undang-undang lain yang berkaitan.

Dalam saman sivil terbaru DOJ, 1MDB, Najib dan Rosmah bukan pihak yang tertuduh dan bukan defendan.

Dalam saman sivil ini pihak yang dinamakan sebagai defendan adalah Viceroy Hotel Group manakala pihak yang berkemungkinan terjejas dengan saman ini – seperti yang tertulis dalam dokumen 251 muka surat DOJ – ialah Low Taek Szen; JW Hospitality (VHG Intl) Ltd; FFP (Cayman) Ltd; Mubadala Development Company PJSC; Viceroy Hotel Group; dan Jynwell Capital Ltd.

Seperti selepas pengumuman pemfailan saman sivil kali pertama dulu, Muhyiddin sekali lagi telah membuat tuduhan melulu terhadap Najib, sedangkan saman sivil ini baru sahaja diperingkat fail.

Belum ada sebarang perbicaraan dibuat dan sudah tentu apabila belum ada perbicaraan, maka tiada pihak dibuktikan bersalah lagi oleh mahkamah AS.

1MDB menegaskan berulang kali bahawa wang syarikat tersebut tidak dicuri. Dapatan Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) juga mendapati tiada wang 1MDB dicuri.

Malah persetujuan penyelesaian luar mahkamah timbang tara bersama syarikat IPIC dari Abu Dhabi juga membuktikan bahawa wang 1MDB telah digunakan untuk urusan perniagaan.

Dikarang orang Malaysia

Tidak perlulah Muhyiddin mengulangi skrip lapuk yang telah berulang kali gagal membuktikan sebarang salah laku.

1MDB hari ini telah melalui proses rasionalisasi dengan baik dan berjaya melunaskan sebahagian besar hutangnya.

Projek hartanah 1MDB seperti TRX berjalan dengan lancar dan baru-baru ini bank antarabangsa HSBC bersetuju melabur RM1 bilion di sini, manakala projek Bandar Malaysia juga meningkat nilai pasarannya dan terdapat syarikat yang berminat melabur RM40 bilion di dalam projek ini.

Justeru, Muhyiddin tidak layak untuk membuat apa-apa komen terhadap perdana menteri dalam isu kenyataan DOJ yang terbaru ini.

Saya berkata sedemikian sebab wujud pendapat yang mengatakan dokumen DOJ tersebut dikarang orang Malaysia. Ini semua komplot hendak menjatuhkan perdana menteri sama saperti ‘Rome Summit’ yang pernah saya bongkar pada Mei 2015.

Muhyiddin perlu terlebih dahulu menjawab soalan yang ditimbulkan Exco Armada Parti Pribumi Bersatu Malaysia, Mohamed Hafiz Azhar, mengenai skandal Nika Ghee. Hari ini genap setahun skandal Nika Ghee terbongkar.

Saya juga menyeru supaya Muhyiddin terlebih dahulu mengisytihar kekayaan kaum keluarganya sebelum mahu berlagak seperti seorang yang bermoral tinggi.
Jangan jadi seorang munafik sebab semua orang tahu sangat siapa beliau sebenarnya. Maka sebab itulah Pakatan Harapan pun menolak Muhyiddin.

– M’kini

.



✍ Sumber Pautan : ☕ Malaysia Chronicle

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2tgcdoe

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.