Hi! Welcome Back and Stay Tune! Pakatan Harapan umum logo hadapi PRU ke-14 Jumaat depan - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Pakatan Harapan umum logo hadapi PRU ke-14 Jumaat depan

PUTRAJAYA: Logo rasmi Pakatan Harapan akan diumumkan pada Jumaat depan (9 Jun) untuk menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 akan datang.

Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) Tun Dr Mahathir Mohamad berkata logo rasmi pakatan pembangkang itu mengekalkan perkataan "Harapan" dengan sedikit pengubahsuaian.

"Kita telah bersetuju dengan logo tersebut," katanya kepada media selepas Mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan di sini hari ini.

Turut hadir, Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Penasihat DAP Lim Kit Siang, Presiden Parti Amanah Negara ( Amanah) Mohamad Sabu dan Presiden PPBM Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Mengenai calon Perdana Menteri, bekas perdana menteri itu berkata mereka tidak membincangkan perkara tersebut pada mesyuarat hari ini.

Sementara itu, Pengarah Komunikasi Amanah Khalid Abdul Samad berkata pakatan itu menjangka memberi kata putus berkenaan pembahagian kerusi PRU Ke-14 pada Julai depan.

Katanya mesyuarat hari ini turut membincangkan mengenai manifesto, pembahagian kerusi, logo dan semua perkara berkaitan PRU-14.

-- BERNAMA



✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2sec1oG

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.