Hi! Welcome Back and Stay Tune! Premis bazar Ramadan kotor akan dihenti operasi serta merta - Ku Nan - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Premis bazar Ramadan kotor akan dihenti operasi serta merta - Ku Nan

KUALA LUMPUR: Premis bazar Ramadan di sekitar ibu kota yang menjual makanan kotor dan tercemar bakal berdepan tindakan dihentikan operasi serta merta, kata Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.

Beliau berkata majikan yang gagal memastikan pekerja asing yang diambil bekerja membuat saringan kesihatan juga akan berdepan tindakan yang sama menerusi operasi yang dijalankan Jabatan Kesihatan dan Alam Sekitar Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

"Sebelum ini saya sudah beri amaran kepada pemilik premis agar menjaga kebersihan premis dan makanan yang dijual kerana ia membabitkan kesihatan pembeli," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Program Nur Ramadan 2017 peringkat Bandar Tun Razak di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika ditanya berhubung isu kebersihan Bazar Ramadan Kampung Baru yang dikategorikan sebagai jualan makanan paling tercemar berdasarkan rekod DBKL pada tahun lalu.

Mengenai Program Nur Ramadan,Tengku Adnan berkata seramai 9,000 golongan asnaf dari 13 kawasan parlimen di sekitar Wilayah Persekutuan menerima sumbangan bernilai RM1.35 juta, manakala masjid dan surau yang terlibat juga akan menerima sumbangan RM30,000 untuk menaiktaraf kemudahan sedia ada.

-- BERNAMA



✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2se6T3X

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.