Hi! Welcome Back and Stay Tune! Punca Penderaan Sudah Dikenal Pasti-Ketua Polis Negara - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Punca Penderaan Sudah Dikenal Pasti-Ketua Polis Negara

Punca Penderaan Sudah Dikenal Pasti-Ketua Polis NegaraPunca Penderaan Sudah Dikenal Pasti-Ketua Polis Negara

Punca Penderaan Sudah Dikenal Pasti-Ketua Polis Negara|Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar memberitahu, kertas siasatan berhubung kes kematian Pegawai Kadet Laut, Zulfarhan Osman Zulkarnain akan diserahkan kepada Peguam Negara dalam masa terdekat.

Menurutnya, punca kejadian kes penderaan itu sudah dikenal pasti dan siasatan kini berada di peringkat akhir.

“Saya tidak akan dedahkan motif itu kerana mahkamah yang akan tentukan. Yang pastinya polis tahu sebab di sebalik kejadian itu,” katanya memetik laporan Berita Harian.

Beliau berkata demikian kepada pemberita pada program Singgah Sahur Nur Ramadan di Balai Polis Pekan Baru di sini, pagi ini.

Zulfarhan, 21, yang merupakan Pegawai Kadet Laut UPNM dilaporkan meninggal dunia pada 1 Jun lalu di Hospital Serdang dipercayai akibat didera.

Mangsa mengalami kesan melecur pada bahagian dada, tangan dan kaki akibat ditekap dengan seteika wap selepas dituduh mencuri komputer riba milik rakannya.

Susulan daripada kejadian itu, 32 penuntut UPNM dan empat lagi dari Universiti Tenaga Nasional (UNITEN) ditahan reman.



✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2rSRWpY

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.