Xiaomi Mi Notebook Air Baru Hadir Dengan Sokongan Pengimbas Cap Jari
Xiaomi sebelum ini telah memperkenalkan komputer riba tersendiri pada tahun lepas, dan sejak daripadanya turut telah memperkenalkan kemaskini untuk komputer riba berkenaan dengan cip terbaru dan sokongan 4G LTE.
Terkini, pengeluar peranti dari China berkenaan turut memperkenalkan Xiaomi Mi Notebook Air bersaiz 13.3-inci yang hadir dengan sokongan pengimbas cap jari.
Xiaomi Mi Notebook Air ini menggunakan cip pemprosesan Intel Core i7 generasi ketujuh pada kelajuan mencapai 3.0GHz, selain turut hadir dalam variasi Core i5. Melengkapkan ia juga adalah memori sehingga 8GB DDR4, serta storan sehingga 256GB SSD.
Komputer riba ini turut menawarkan kad grafik NVIDIA GeForce MX150, serta untuk sekuriti tambahan, kini ia menyertakan sebuah pengimbas cap jari pada bahagian trackpad.
Di China, Xiaomi menawarkan model dengan spesifikasi asas pada harga 4999 Yuan (~RM3136).
✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2slbvJ5
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment