Hi! Welcome Back and Stay Tune! Ramadan, masa terbaik untuk berhenti merokok - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Ramadan, masa terbaik untuk berhenti merokok

KUALA LUMPUR: Ramadan adalah masa terbaik untuk perokok berhenti merokok, khususnya bagi mereka yang beragama Islam.

Ini kerana seseorang yang menjalani ibadah puasa lebih bersemangat dari segi rohani, kata pakar berhenti merokok, Swinder Jit Jag Singh.

Beliau yang lebih mesra disapa sebagai Sister Swinder berkata, amalan berpuasa, iaitu tidak makan dan minum, turut memudahkan perokok untuk menghindari rokok kerana golongan ini biasanya merokok selepas makan.

"Cuma ketika selepas berbuka biasanya mereka akan merokok balik.

"Jadi, kali ini, saya nasihatkan pada yang nak berhenti merokok, lepas makan jangan ambil rokok, terus saja ''lari'' pergi masjid atau surau.

"Sibukkan diri dengan aktiviti di masjid, ''pray'' banyak-banyak, jadi semangat you pun akan kuat," nasihat beliau.

Sister Swinder percaya jika seseorang itu mempunyai kekuatan untuk berpuasa, beliau turut memiliki ''will power'' atau keazaman yang cukup untuk terus berhenti merokok.

BERHENTI SERTA MERTA

Beliau juga percaya cara terbaik untuk berhenti ialah secara serta merta atau ''cold turkey''.

"Saya syiorkan berhenti terus, kerana berdasarkan pengalaman saya sebagai kaunselor berhenti merokok selama 23 tahun, memang cara ini lebih berjaya.

"Kalau cara berhenti sikit-sikit, maksudnya cuba kurangkan pengambilan rokok sedikit demi sedikit, jarang berkesan di kalangan pesakit saya," katanya yang kini mengetuai Klinik Berhenti Merokok Persatuan Kebangsaan Kanser Malaysia (NCSM) di Kuala Lumpur.

Menurut Sister Swinder, mereka yang cuba berhenti secara sedikit demi sedikit biasanya akan berjaya mengurangkan rokok untuk satu tempoh tertentu sahaja, tetapi kemudian pengambilan rokok mereka akan meningkat semula.

"Graf (pengambilan rokok) mereka macam ombak, turun naik, turun naik, tetapi tak pernah betul-betul berhenti.

"Sebab itulah siapa yang datang jumpa saya, saya akan suruh mereka berhenti serta merta.

"Kalau sikit-sikit begini membazir ubat," katanya.

IKRAR

Jelasnya lagi, mereka yang datang ke klinik beliau akan dijelaskan mengenai simptom-simptom akibat berhenti merokok atau 'withdrawal symptoms' seperti batuk, selsema dan sakit kepala, supaya mereka dapat bersedia untuk menghadapi kesan-kesan itu.

Setelah membaca dan menandatangani ikrar berhenti merokok, mereka akan turut dibekalkan dengan ubat atau NRT (nicotine replacement treatment) dalam bentuk pelekat atau gula-gula getah.

"Mengikut pengalaman saya, kalau pada bulan Ramadan, ramai daripada mereka beritahu kita yang mereka tak perlukan ubat.

"Biasanya dalam bulan puasa ini semangat mereka, 'will power', lebih kuat, oleh sebab itu pada sesiapa yang nak berhenti merokok itu ambil peluang, berhenti sahaja sekarang!" tegasnya.

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

RUANGAN SISI

KLINIK BERHENTI MEROKOK

Menurut NSCM sekurang-kurangnya 20,000 rakyat Malaysia meninggal dunia akibat penyakit berkaitan rokok setiap tahun, seperti kanser paru-paru, 13 jenis kanser lain, penyakit jantung, darah tinggi dan diabetes.

Persatuan itu melancarkan klinik Berhenti Merokok yang pertama di ibu pejabatnya di Jalan Raja Muda Abdul Aziz, Kuala Lumpur, pada Februari tahun lepas.

Usaha itu bertujuan membantu rakyat Malaysia menghentikan ketagihan pada rokok dan tembakau, di samping mengurangkan kadar penyakit, khususnya kanser, dan kematian berkaitan penggunaan tembakau di negara ini.

Sehingga kini klinik berkenaan telah merawat 22 perokok dengan lebih separuh daripada mereka telah berjaya berhenti merokok.

Mereka yang berminat boleh menghubungi NSCM menerusi emel swinder@cancer.org.my, atau telefon 03-2698 7350.

Klinik dibuka pada Selasa dan Jumaat, dari pukul 8.30 pagi hingga 3.30 petang.

-- BERNAMA



✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2sejYKE

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.