Hi! Welcome Back and Stay Tune! Scha Kawal Diet Lara Semasa Raya - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Scha Kawal Diet Lara Semasa Raya

BETULLAH apa yang orang tua-tua cakap: kalau elok pemakanan ibu semasa mengandung, eloklah juga tabiat si anak nanti.

Pelakon dan model Scha Alyahya berkata dia amat bersyukur kecenderungan mengamalkan pola pemakanan sihat sewaktu hamil akhirnya ‘menurun’ kepada anaknya, Lara Alana.

Akui Scha, 34, tabiat suka memakan sayur-sayuran diwarisi Lara yang kini berusia dua tahun.

“Ramai yang sering bertanya melalui kolum komen di media sosial, bagaimana saya menerapkan pengambilan sayur-sayuran kepada Lara. “Sejak mengandung, saya gemar makan salad, tak sangka pula Lara suka makan sayur-sayuran terutamanya brokoli,” katanya kepada BH Online. Tabiat pemakanan sihat tidak berakhir dengan kelahiran anaknya itu, malah Scha turut menjaga diet Lara terutama pada sambutan Aidilfitri dengan undangan rumah terbuka di sana sini.
Scha perlahan-lahan memperkenalkan makanan baharu buat puteri tunggalnya itu.

“Alhamdulillah, Lara berselera makan dan gemar meminum susu. Itulah yang membuatkan badannya semakin semangat.

“Seperti kanak-kanak lain, Lara seharusnya secara perlahan-lahan diperkenalkan dengan makanan baharu. Tidak boleh memaksanya begitu saja kerana dia tidak akan makan,” katanya.

Tambah Scha, Lara kini sudah mencapai berat badan 18 kilogram.
Sebelum ini, Scha dan suaminya, Awal Ashaari dikenali diketahui tegas dalam mendisiplinkan anak mereka itu.

Loading...



✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2sVZQhb

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.