Hi! Welcome Back and Stay Tune! Seniman Kaherah tekad meneruskan kraf pelita tradisi - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Seniman Kaherah tekad meneruskan kraf pelita tradisi

SEORANG seniman Mesir yang membuat pelita tradisional sebagai hiasan jalanan sewaktu bulan Ramadan percaya bahawa dia telahpun menemui cara untuk menghentikan kebanjiran replika barangan sama dari negara China.

Di bengkelnya yang terletak di kejiranan Imbaba, Kaherah, Mohamed Gamal sibuk menerapkan potret akrilik berdasarkan wajah pemain bola Mesir, bintang pop dan presiden negara itu ke dalam kraf pelita warisan yang dipanggil fawanee.

Dia berharap sentuhan moden pada kraf pelita kayu yang berasal dari Dinasti Fatimiyah itu dapat menyaingi kemasukan produk import dari China.

"Saya terlibat dalam penghasilan kraf ini sudah 10 tahun dan pelita kayu sangat popular pada musim ini (Ramadan). Saya mahu lakukan sesuatu yang berbeza,” ujar Mohamed Gamal.

Produk China telah membanjiri pasaran Asia Barat sejak bertahun-tahun dan semakin mendapat tempat di Mesir, sedangkan orang biasa yang menjalankan perniagaan seperti yang diusahakan Mohamed Gamal sedang bergelut dengan kesan inflasi.

Mesir yang sangat bergantung pada barangan import telah mengapung matawangnya pada November lalu, dengan nilai pound Mesir sudah menyusut separuh.

Situasi itu diharap dapat dimanfaatkan sebaik-baiknya oleh pengeluar seperti Mohamed Gamal untuk menghasilkan produk yang boleh mengganti produk import yang mahal, sekali gus merapatkan jurang defisit dagangan.

‘Kedatangan’ pelita berkuasa bateri dari China dalam pasaran Mesir dilihat satu tamparan hebat buat orang tempatan yang menganggap pelita tradisi mereka sebagai simbol kebanggaan negara.

Berikutan keluh-kesah dalam media sosial mengenai warisan tradisi yang semakin nazak itu, Kementerian Industri dan Perdagangan Mesir pada tahun 2015 telah mengharamkan pengimportan pelita dari China dan beberapa produk lain yang ‘mengancam’ seni kraf seumpamanya di Mesir.

"Semua pelita di pasaran kini, adalah produk China. Harapan saya adalah agar produk import ini dihentikan. Sebenarnya, impian saya adalah suatu hari, kita mengeksport pelita Mesir ke China,” kata Mohamed Gamal.



✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2rJ0wrs

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.