Hi! Welcome Back and Stay Tune! Suami Buat Laporan Polis Isteri Dirogol Dan Dirompak Tetapi Sebenarnya Isteri Bawa Kekasih WeChat Masuk Rumah.. - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Suami Buat Laporan Polis Isteri Dirogol Dan Dirompak Tetapi Sebenarnya Isteri Bawa Kekasih WeChat Masuk Rumah..


SHANDONG, CHINA - Padah menipu suami dan polis, seorang wanita dipenjara selama 10 hari di atas kesalahan memalsukan keterangan, lapor China Press. 

Dalam kejadian jam 8.30 pagi, 13 Mei lalu, polis menerima laporan dari seorang lelaki yang melaporkan rumahnya telah dipecah masuk perompak. 

Dalam laporan yang dilbuat, lelaki itu mendakwa wang simpanannya sebanyak 90,000 yuan (RM56,510) telah hilang dan isterinya telah dirogol oleh suspek. 

Bertindak di atas laporan itu, sepasukan besar polis dikerahkan ke tempat kejadian untuk melakukan siasatan. Bagaimanapun, setelah disiasat, polis mula berasa pelik dan ada sesuatu yang tidak kena. 

"Pertama, insiden dilaporkan berlaku sekitar jam 5 pagi di mana sudah ramai pejalan kaki di sekitar kawasan ini. 

"Dan selepas kami memeriksa rakaman video kamera litar tertutup (CCTV), kami berjaya mengesan suspek. Namun suspek tidak memegang atau membawang sebarang bungkusan. 90,000 yuan itu adalah satu jumlah yang banyak dan tidak mungkin ia tidak dapat dibawa tanpa dikesan pada badan suspek," kata jurucakap polis. 


Pihak polis kemudian mengambil keputusan untuk menyoal siasat pasangan itu secara berasingan. Setelah disiasat, wanita berusia 27 tahun itu akhirnya mengaku bahawa suspek dalam kes itu sebenarnya kekasih gelapnya. 

Difahamkan, kecurangan wanita itu terbongkar selepas suaminya memasang CCTV di rumah yang disambungkan ke telefon tanpa pengetahuan isteri. 

Suami wanita itu keluar dari rumah sekitar jam 4.30 pagi dan bila memeriksa keadaan di rumah melalui telefonnya, alangkah terkejut dia mendapati kehadiran seorang lelaki di rumahnya menyebabkan dia segera berpatah balik dan perjalanan mengambil masa selama setengah jam. 

Tiba di rumah, dia ternampak lelaki yang tidak dikenalinya itu dalam keadaan panik dan mula membaling barang kepadanya sebelum melarikan diri dari tempat kejadian. 

Bimbang rahsia terbongkar, si isteri mereka cerita kononnya dia tidak mengenali lelaki itu dan mendakwa telah dirompak dan dirogol. Namun dia tidak menyangka suaminya akan membuat laporan polis dan polis menyiasat kes itu serta-merta. 

Oleh kerana tiada pilihan lain, akhirnya wanita itu terpaksa mengaku apa sebenarnya yang berlaku pada hari kejadian.

Difahamkan, pasangan itu sudah lama berkahwin dan dikurniakan dua cahaya mata. Namun, wanita terbabit mengkhianati suaminya dan menjalinkan hubungan dengan lelaki yang dikenalinya dari aplikasi WeChat sejak setahun lalu. 

Si isteri juga mendedahkan, itu bukan kali pertama kekasih gelapnya datang ke rumah ketika ketiadaan suaminya.

Polis kemudian mendakwa wanita itu membuat keterangan palsu dan menganggu ketenteraman awam yang menyebabkan dia dihukum selama 10 hari.

Sumber: The Reporter


from Sehinggit Media News http://ift.tt/2sbXpK7
via IFTTT

✍ Sumber Pautan : ☕ Merah Hati Cintaku

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2sL5brj

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.