Hi! Welcome Back and Stay Tune! SUAMI SYAK ISTERI DISIHIR TETAPI SELEPAS JUMPA SEORANG USTAZ… JAWAPAN YANG DIBERIKAN OLEH USTAZ ITU MEMANG WIN… - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

SUAMI SYAK ISTERI DISIHIR TETAPI SELEPAS JUMPA SEORANG USTAZ… JAWAPAN YANG DIBERIKAN OLEH USTAZ ITU MEMANG WIN…

Aku bila balik rumah je mesti rasa macam panas pastu mesti gaduh dengan Isteri. Aku syak isteri terkena sihir jadi aku bawa pergi berubat merata rata tetapi tetap sama. Satu hari aku call seorang ustaz ini dan ustaz datang ke rumah. Bila disoal isteri rupa rupa nya isteri..

Suami Syak Isteri Disihir Tetapi Selepas Jumpa Seorang Ustaz Rupa²nya Si Isteri…. | Lebih kurang dua tahun lalu, sang faqir menerima panggilan telefon dari seorang lelaki yang juga seorang pengusaha bas ekspress. Sang faqir gelarkan lelaki itu sebagai Encik S.

Encik S: Assalamualaikum ustaz.

Sang faqir: Waalaikummussalam WarahmatULLAHi Wabarakaatuh.

Encik S: Ustaz, saya S. Dapat nombor telefon ustaz dari kawan saya. Saya ada masalah. Difahamkan ustaz boleh mengubat orang. Minta ustaz bantu saya.

Sang faqir: Saya tak pandai mengubat orang. Ikhtiar, insyaAllah. Ada masalah apa ye?

Encik S: Begini, rumah tangga saya ada masalah. Dalam rumah panas saja (aduan standard), asyik bergaduh saja saya dengan isteri.

Sang faqir : Ooo begitu, kena pasang aircond, barulah sejuk.

Encik S: Ini bukan masalah aircond, ustaz. Ini masalah sihir, ramai ustaz saya dah pergi jumpa, semua kata ini angkara sihir.

Sang faqir: Oo sihir. Macam inilah Encik S, kita buat temujanji. Encik S dan isteri kena datang ke klinik saya. Kita periksa masalah sebenar, boleh?

Encik S: Okey, boleh ustaz.

Temujanji ditetapkan. Tiba hari yang telah dijanjikan. Encik S dan Puan N hadir ke klinik TIAF. Mereka dijemput masuk dan duduk di dalam bilik konsultansi.

Sang faqir: Bismillah. Okey, boleh saya tahu apa masalah ya?

Encik S: Saya mulakan dulu ye ustaz. Begini, saya dan isteri selalu gaduh. Asal saya balik rumah saja, mesti jadi panas, nak gaduh saja. Kami dah kena sihir.

Sang faqir: Macam mana boleh kata gitu?

Encik S: Dah pergi banyak tempat dah. Semua ustaz cakap sihir.

Sang faqir: Kalau macam itu, mesti dah selesai, kan?

Encik S: Masih belum ustaz, makin teruk adalah. Saya syak isteri saya ini kena sihir.

Sang faqir : Puan N, ada hendak kongsi apa-apa?

Puan N hanya menggelengkan kepala.

Encik S: Haa, macam itlah dia ustaz. Kalau tanya apa-apa, itu sajalah yang dia tahu. Diam, geleng. (sambil mendengus). Minta ustaz keluarkan jin-jin pada dia.

Sang faqir: Sabar Encik S. Macam inilah. Saya yakin dan berani jamin, ini bukan kes sihir. Amat-amat pasti.

Encik S : Betul ke, ustaz? Takkanlah? (wajahnya ragu-ragu)

Sang faqir : Betul. Begini, boleh saya tahu Encik S dan Puan N ada berapa orang anak?

Encik S: Ada lima orang, ustaz.

Sang faqir: Okey, rata-rata umur berapa? Siapa yang jaga dan uruskan?

Encik S menguit Puan N tanda arah supaya menjawab.

Puan N: Saya, ustaz. Yang sulung umur 12 tahun, yang bongsu 4 tahun.

Sang faqir: Okey. Encik S, selalunya balik rumah jam berapa?

Encik S: Saya balik rumah tak tentu ustaz. Kadang-kadang tengah malam, takpun lewat malam. Tengoklah kalau bas semua ok, awallah sikit saya balik.

Sang faqir: ‘Awal’ itu jam berapa?

Encik S: Dalam jam 11 lebih kurang.

Sang faqir : Jadi, urusan anak-anak, rumah, memang Encik S serah sepenuhnya pada Puan N?

Encik S: Terpaksalah ustaz. Dulu pernah ada maid, maid pula lari.

Sang faqir: Puan N ada hendak cakap apa-apa?

Puan N hanya menggeleng sahaja.

Sang faqir: Beginilah, sebenarnya masalah ini timbul disebabkan keletihan Puan N uruskan rumah. Encik S balik rumah waktu semua orang dah tidur, tenang. Puan N tiada tempat melepaskan letihnya.

Encik S: Saya ini sibuk ustaz. Mana sempat nak bantu hal-hal di rumah.

Sang faqir: Encik S, dunia ini tempat untuk kita sibuk. Sibuk paling penting adalah sibuk untuk mengisikan masa dengan amalan kebaikan. Dan kalau kita mengaku kita sibuk, kita masih lagi ada kelapangan. Kerana manusia yang benar-benar sibuk dalam dunia ini adalah Rasulullahi Sallallahu Alaihi Wasallam.

Encik S: Nak buat macam mana ustaz, memang saya sibuk.

Sang faqir: Maaf saya bertanya hal peribadi sikit. Boleh?

Encik S: Boleh ustaz

Sang faqir: Dalam seminggu berapa kali Encik S melakukan hubungan kelamin?

Encik S: Hmm, dalam dua kali seminggu, ustaz.

Sang faqir: Bermaksud, Encik S bukan orang yang sibuk, kerana orang yang sibuk tidak akan terfikir langsung tentang seks. Puan N, maaf saya bertanya. Kenapa Puan N tak berterus terang pada Encik S, yang Puan letih?

Puan N: Saya dah penat ustaz. (Puan N mula bersuara). Saya penat dengan kerja rumah, saya penat dengan tuduhan suami saya, cakap saya ada jin. Saya dah penat sangat ustaz, saya dah tak tahu hendak buat apa. (Puan N tertunduk menangis).

Sang faqir: Encik S dah dengar? Itulah sihir yang sebenar, yang ramai ustaz di luar rumah tak mampu buang, tapi ustaz dalam rumah yang patut selesaikan.

Encik S: Apa lagi patut saya buat? Semua saya dah sediakan.

Sang faqir: Perhatian dan Prihatin. Itu sahaja yang perlu Encik S buat. Dan dua perkara yang telah hilang sekian lama dalam rumah Encik S. Dan dua perkara itu juga adalah aircond dan kipas dalam rumah Encik S yang Encik S cakap panas tadi.

Encik S terdiam dan kelihatan resah.

Sang faqir: Inipun dalam Encik S asyik sibuk ini, silap-silap ada niat hendak pasang cawangan lain.

Encik S seumpama menelan batu, dan tidak lepas di tekak.

Sang faqir: Ke saya salah Encik S?

Encik S: Memang betul ustaz, saya ada niat nak kahwin lagi. Yerlah, sunnah kan, poligami ini. Lagipun saya mampu.

Sang faqir: Encik S, kita tidak demam tapi kita suka-suka hati telan panadol? Apa jadi ya?

Encik S: Mengantuk? Dah tak demam, nak telan panadol buat apa. Tapi apa kaitan?

Sang faqir: Memang ada kaitan. Encik S tiada keperluan untuk poligami, tapi hendak poligami, itu dah jadi kehendak. Air kopi yang sedia ada masih belum habis diminum, tiba-tiba kita hendak minum teh tarik di meja lain pula, apa maksudnya?

Encik S: Tapi saya mampu ustaz. Dia (tunjuk pada Puan N) yang tak bagi.

Sang faqir: Mampu pada faham Encik S tak sama dengan mampu pada takrif agama, Encik S mungkin mampu dengan nafaqah zahir, mampu nafaqah batin, tapi nafaqah tarbiyyah macam mana? Anak-anak berapa kali khatam Al Quran? Ilmu Tauhid macam mana? Encik S lebih tahu jawapannya. Dan masalah panas dan semakin panas ini mula daripada Encik S ajukan niat Encik S kan?

Encik S: Rasanya gitulah, ustaz.

Sang faqir: Begini Encik S, memang poligami itu sunnah. Tetapi perlu faham kepada siapa? Rasulullahi Sallallahu Alaihi Wasallam ada sifat fatonah iaitu bijak dalam setiap perbuatan, janganlah kita mencemarkan sifat tersebut dengan kejahilan kita. Maksud saya, sunnah kena belajar sungguh-sungguh, faham sungguh-sungguh. Encik S tahu sunnah ada berapa jenis?

Encik S: Sorry ustaz, itu semua saya tak tahu, tak sempat belajar. Lagipun saya bukannya ustaz.

Sang faqir: Haa, situ pun dah silap, hendak jadi orang yang berilmu tidak semestinya kena tunggu ada cita-cita nak jadi ustaz. Beginilah Encik S, hendak selesaikan semua perkara ini mudah sahaja.

Encik S: Macam mana?

Sang faqir: Encik S latih diri untuk beri perhatian dan prihatin pada keluarga terutamanya pada Puan N, jika tiada masa untuk bantu dia di rumah sekalipun, luangkan masa berbual dengannya. Jika Encik S boleh buat semua ini, semua sihir yang Encik S anggap ada selama ini, akan hilang terus. Puan N, betul tak yang saya sebut tu?

Puan N : Betul ustaz. Saya tak ada kawan, setiap hari bosan, hujung minggu pun bosan, saya macam tunggul dalam rumah. Entahlah. (sambung menangis).

Sang faqir: Sabar Puan N. Encik S, saya rasa tugas saya dah selesai. Saya minta Encik S selesaikan sebaiknya dengan Puan N. Jangan sampai Puan N buat novel ” Suamiku Lelaki Egois” pula. (Puan N tertawa kecil)

Konsultansi tamat setelah hampir 1 jam setengah di dalam bilik. Encik S dan Puan N pulang dengan membawa bekalan bebelan dari sang faqir.

Pesanan kepada yang ingin membuat temujanji dengan sang faqir untuk masalah rumahtangga dan ingin mengaitkannya dengan masalah jin, mohon kenalpasti masalah sebenar dahulu, kerana bimbang kalian terpaksa menadah telinga mendengar sang faqir membebel.

Wahai suami, pimpinlah tangan isterimu ke Syurga Allah.

Wahai isteri, genggamlah tangan suamimu ke Rahmat Allah.

Wahai anak-anak, eratkanlah pautan tanganmu pada ibubapamu ke Redha Allah.

Semoga ALLAH amankan rumahtangga sekalian umat Sayyiduna Rasullillahi Sallallahu Alaihi Wasallam dengan Rahmat dan RedhaNya. Wassalam.

p/s: Kepada para isteri, mohon usah di’tag’ nama suami kalian di sini, walaupun niat baik, namun boleh menimbulkan pelbagai pandangan negatif orang lain. Kepada para suami, ambil iktibar.

Sumber : Wan Asrul Al-Kalantani



✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2rJ3Yiu

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.