PKR SELAR PAS KERANA LANCAR JENTERA PILIHAN RAYA DI PERMATANG PAUH
PKR hari ini menyelar PAS kerana melancarkan jentera pilihan raya di kerusi tradisi mereka, Permatang Pauh hujung minggu lalu.
Naib Presiden PKR Chua Tian Chang berkata, program PAS itu satu tindakan provokasi dan angkuh yang tidak membantu dalam usaha menewaskan Barisan Nasional (BN).
“Permatang Pauh dikenali umum sebagai kerusi Parlimen yang berkait rapat dengan PKR, dan menjadi lambang kebangkitan rakyat melalui gerakan reformasi sejak Pilihan Raya Umum (PRU) 1999 lagi.
“Sejak itu, Parlimen Permatang Pauh dimenangi PKR sebanyak enam kali dalam pilihan raya umum dan kecil,” kata ahli Parlimen Batu itu dalam satu kenyataan hari ini.
Hujung minggu lalu, Naib Presiden PAS Idris Ahmad melancarkan jentera parti Islam itu di kerusi yang disandang Presiden PKR Dr Wan Azizah Wan Ismail.
Chua yang dikenali sebagai Tian Chua berkata, PKR akan terus mempertahankan kerusi Parlimen kawasan itu dengan kekuatan sendiri.
“Pendirian PAS yang berikrar ingin menawan Permatang Pauh akan dipandang seolah-olah parti pembangkang bertengkaran sesama sendiri.
“Sikap ini bercanggah dengan kenyataan pemimpin PAS yang menganggap ia masih sebahagian daripada pihak pembangkang yang ingin mengalahkan Umno-BN pada PRU14 kelak.
“Sekiranya PAS bersungguh-sungguh menentang korupsi dan kezaliman rejim Umno-BN, kepimpinan PAS harus menghentikan segala tindakan yang mencabar kesabaran PKR,” katanya.
PKR bekerjasama dengan PAS sejak penubuhan parti itu pada 1999. Hubungan di antara kedua-dua parti itu secara rasminya terputus tahun ini.
Bagaimanapun, PKR masih lagi bekerjasama dengan PAS dalam kerajaan negeri Selangor.
– http://ift.tt/2pAR1dR
.
✍ Sumber Pautan : ☕ Malaysia Chronicle
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2u7D9rb
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment