Hi! Welcome Back and Stay Tune! SABITAN DI PERANCIS PETANDA SPRM PERLU KEMBALI SIASAT KES SCORPENE - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

SABITAN DI PERANCIS PETANDA SPRM PERLU KEMBALI SIASAT KES SCORPENE

AKTIVIS sosial mahu Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk membuka kembali kes penjualan kapal selam Scorpene kepada Malaysia yang dilakukan pada 2002 selepas pihak berkuasa Perancis menyabitkan kesalahan rasuah kepada dua bekas eksekutif yang terlibat dalam urus niaga itu.

Pengarah Eksekutif Centre to Combat Corruption and Cronyism (C4), Cynthia Gabriel berkata penting untuk SPRM kembali membuka kes itu.

“Peguam Negara sehingga kini tidak membenarkan bantuan perundangan bersama dengan pihak berkuasa Perancis dalam kes ini.

“Dia (Apandi Ali) perlu bekerjasama dengan pasukan pendakwa raya Perancis untuk mengetahui hubungan dalam kes ini dan membawa penjenayah yang terlibat dalam kes ini ke muka pengadilan,” katanya kepada The Malaysian Insight.
AFP sebelum ini melaporkan kenyataan sumber rapat yang mengetahui siasatan itu semalam bahawa, penyiasat Perancis menyabitkan kesalahan kepada dua bekas eksekutif kanan dalam siasatan yang mengambil masa itu atas dakwaan rasuah dalam penjualan kapal selam kepada Malaysia pada 2002.

Dua bekas eksekutif itu ialah Philippe Japiot, bekas pengerusi unit limbungan tentera laut Perancis DCNI dan Jean-Paul Perrier, bekas ketua eksekutif syarikat gergasi pertahanan dan elektronik Perancis, Thales.

Kedua-dua mereka yang disoal siasat pada Mei lalu juga disabitkan kesalahan korupsi, kata sumber itu lagi.

Gabriel berkata sudah menjadi tanggungjawab Malaysia di bawah Konvensyen Persatuan Bangsa-Bangsa Bersatu Menentang Korupsi (UNCAC) yang memerlukan negara ini memenuhi komitmen mereka dalam kerjasama antarabangsa.

Dia juga berkata yang Abdul Razak Baginda perlu tampil ke depan susulan perkembangan terbaru ini dan bekerjasama dengan pihak berkuasa Perancis.

“Kami menggesanya untuk bekerjasama dengan pihak berkuasa Perancis dan Malaysia. Kami difahamkan yang Perancis sudah memulakan usaha menyiasat peranannya sebagai orang hubungan utama dengan pihak yang menerima dana itu,” katanya.

Siasatan itu dilancarkan pada 2010 kerana aduan yang dilakukan kumpulan hak asasi Malayasia, Suaram.

Dakwaan itu berkisar kepada tindakan pembuat kapal selam Perancis itu membayar komisyen lebih daripada €114 juta (RM570 juta) kepada sebuah syarikat pesisir pantai yang mempunyai kaitan dengan Abdul Razak Baginda, bekas sekutu Perdana Menteri Najib Razak.

Najib ialah menteri pertahanan ketika urus niaga bernilai AS$1.1 bilion untuk dua buah kapal selam Scorpene dimeterai.

Timbalan Ketua Pemuda PKR Afif Bahardin juga mengesa SPRM dan polis untuk membuka kembali kes kerana wujudnya unsur korupsi dalam penjualan kapal selam itu.

“Kita mendengar korupsi melibatkan dua orang; Philippe Japiot dan Jean-Paul Perrier.

“Individu ini didapati terlibat dalam penjualan kapal selam Scorpene kepada kerajaan Malaysia, yang sudah dibuktikan mempunyai unsur jenayah dalam penjualan itu yang dilakukan ketika Najib menjadi menteri pertahanan,” katanya dalam satu kenyataan.

Afif berkata yang siasatan itu perlu dilakukan dan mereka yang terlibat perlu dibawa ke muka pengadilan demi memperjuangkan nasib Altantunya dan pegawai polis Sirul Azhar dan Azilah Hadri yang terlibat dalam skandal itu.

“Kegagalan SPRM dan polis untuk menyiasat dan mengambil tindakan undang-undang sewajarnya berkaitan dengan skandal kapal selam Scorpene akan memberi kesan kepada imej dan integriti agensi terlibat dan menyebabkan rakyat hilang percaya kepada mereka,” katanya.

Kerajaan Malaysia sebelum ini mengatakan yang urus niaga itu bebas unsur rasuah.

Pada 2006, rakan rapat wanita Razak warga Mongolia, Altantuya Shaariibuu yang dikatakan meminta bayaran kerana bekerja sebagai penterjemah dalam urus niaga itu ditembak mati dan mayatnya diletupkan menggunakan bahan letupan plastik berhampiran Kuala Lumpur.

Mahkamah kemudiannya membebaskan Razak daripada tuduhan bersubahat dalam pembunuhan itu, mencetuskan kemarahan dan bantahan  ramai.

– http://ift.tt/2pAR1dR

.



✍ Sumber Pautan : ☕ Malaysia Chronicle

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2tpHWah

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.