Hi! Welcome Back and Stay Tune! INDIA BATALKAN PASPORT ZAKIR NAIK - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

INDIA BATALKAN PASPORT ZAKIR NAIK

India telah membatalkan pasport pendakwah kontroversi, Dr Zakir Naik setelah beiau berulang kali mengabaikan permintaan untuk hadir ke Badan Penyiasatan Kebangsaan India (NIA).

Menurut Times of India, Kementerian Hal Ehwal Luar India (MEA) bertindak atas permintaan NIA, yang meneliti Zakir atas dakwaan keganasan dan pengubahan wang haram.

Pendakwah itu yang terkenal sebagai penceramah di stesen televisyen, dituduh menyebarkan kebencian, membiayai pengganas dan pengubahan wang haram.

Beliau telah diharamkan oleh negara-negara seperti Kanada dan United Kingdom, tetapi dialu-alukan oleh banyak negara Islam termasuk Malaysia yang memberikannya taraf penduduk tetap.

Zakir melarikan diri dari India pada Julai 2016 selepas pengganas di Bangladesh mendakwa mereka mendapat inspirasi daripada ucapannya mengenai jihad.
Hingga kini tidak diketahui di mana Zakir berada.

Bagaimanapun, dalam beberapa bulan kebelakangan ini, beliau dilihat memberikan temuramah dan mengadakan sidang akhbar melalui Skype dari Arab Saudi.

Zakir juga mendakwa beliau ditawarkan kewarganegaraan daripada sekurang-kurangnya 10 negara, tetapi belum lagi menerima tawaran berkenaan.

– M’kini

.



✍ Sumber Pautan : ☕ Malaysia Chronicle

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2u9BwuI

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.