Hi! Welcome Back and Stay Tune! SETIAUSAHA PM: ‘TOP DOG’ HARUS SEDAR DIRI - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

SETIAUSAHA PM: ‘TOP DOG’ HARUS SEDAR DIRI

Pegawai kanan perdana menteri hari ini memperkecilkan peranan Tun Dr Mahathir Mohamad yang semalam menyifatkan dirinya sebagai ‘top dog’ (pemimpin dominan) Pakatan Harapan.

Setiausaha akhbar perdana menteri Datuk Seri Tengku Sariffuddin Tengku Ahmad berkata kenyataan itu sebenarnya tidak berpijak pada hakikat sebenar.

“Tetapi, sama ada beliau sebenarnya penuh ilusi, tidak realistik atau dengan sengaja mahu menipu rakyat, hakikatnya diktator sebenar pembangkang adalah Lim Kit Siang – seorang yang tidak kelihatan dalam carta kepimpinan mereka.

“Parti Dr Mahathir hanya mempunyai satu kerusi parlimen berbanding DAP yang mempunyai jumlah kerusi majoriti pihak pembangkang sebanyak 38 kerusi,” katanya.

Mahathir semalam percaya kedudukannya dalam blok pembangkang secara “tidak rasmi” sama seperti Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Katanya, beliau akan mempengerusikan mesyuarat majlis presiden Pakatan Harapan dan menjadi top dog dalam hierarki gabungan pembangkang itu.
Minggu lalu, Mahathir diumumkan sebagai pengerusi HARAPAN sementara Datuk Seri Anwar Ibrahim dinamakan menjadi ketua umum, selepas kesepakatan dicapai untuk membentuk struktur rasmi dan lambang bersama.

Dalam kenyataan di Facebook rasmi Pejabat Perdana Menteri (PMO) hari ini, Tengku Sariffuddin juga berkata Lim adalah ketua sebenar dan Mahathir hanyalah “boneka”.

“Sebagaimana senarai pemimpin-pemimpin pembangkang yang diumum itu terdiri daripada orang Melayu, ia sebenarnya menyembunyikan kuasa dan kawalan sebenar DAP,” katanya.

Sementara itu, Tengku Sariffuddin juga menegaskan bahawa Mahathir tidak pernah mengadakan debat terbuka bersama musuh politiknya selama 22 tahun beliau menjadi perdana menteri.

Kenyataan itu merujuk kepada cabaran Mahathir untuk berkongsi pentas dengan Najib dalam acara NothIng to Hide 2.0 anjuran Pemuda Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU).

– M’kini

.

10



✍ Sumber Pautan : ☕ Malaysia Chronicle

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2u7xwZQ

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.