Hi! Welcome Back and Stay Tune! Empat termasuk dua rakyat Malaysia ditahan di Songkhla - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Empat termasuk dua rakyat Malaysia ditahan di Songkhla

HATYAI: Polis Wilayah Songkhla menahan empat individu termasuk dua lelaki rakyat Malaysia di sebuah kondominium di bandar ini, hari ini dan merampas pelbagai peralatan rokok elektronik daripada mereka.

Tiga lelaki dan seorang wanita itu dipercayai terlibat dalam kegiatan penyeludupan rokok elektronik dan menjualnya di laman Facebook.

"Penangkapan empat individu itu adalah hasil operasi risikan sejak beberapa minggu lepas," kata Ketua Bahagian Siasatan Polis Wilayah Songkhla Kol Sakda Charengkul di sini, hari ini.

Kedua-dua lelaki Malaysia itu berusia 21 dan 26 tahun manakala seorang lelaki dan seorang wanita tempatan itu berusia 20 dan 24 tahun.

Sakda berkata keempat-empat individu itu mengaku mereka menyeludup masuk peralatan rokok elektronik itu dari luar negara dan bertindak menjualnya di dalam negara menerusi laman sosial Facebook.

-- BERNAMA



✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2tUjDRe

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.