Hi! Welcome Back and Stay Tune! Gara-Gara Berebut Buaian Dengan Seorang Lelaki Dewasa, Seorang Kanak-Kanak Cedera Selepas Kepalanya Dihentak Pada Dinding Penghadang Sebuah Pusat Permainan.. - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Gara-Gara Berebut Buaian Dengan Seorang Lelaki Dewasa, Seorang Kanak-Kanak Cedera Selepas Kepalanya Dihentak Pada Dinding Penghadang Sebuah Pusat Permainan..


JIANGSU: Gara-gara berebut buaian, seorang kanak-kanak cedera selepas kepalanya dihentak pada dinding penghadang sebuah pusat permainan di bandar Zhengjiang, di sini.

Menurut laporan mStar, kejadian di sebuah pusat membeli belah itu dirakam kamera pengawasan di situ, lapor Thepaper.cn


Ia berlaku akibat campur tangan seorang lelaki yang juga bapa salah seorang kanak-kanak yang berebut buaian itu.

Rakaman kamera itu menunjukkan seorang lelaki bertindak menarik baju dan menghayunkan kanak-kanak itu ke dinding.

Ibu mangsa yang menyedari insiden berkenaan terus bertindak berdepan dengan lelaki berkenaan.


Bagaimanapun, lelaki itu turut memukul wanita berkenaan dan berlaku pergelutan antara kedua ibu bapa terlibat sebelum dileraikan oleh seorang wanita.

Identiti kedua lelaki dan wanita berkenaan bagaimanapun tidak diketahui, namun insiden berkenaan telah dilaporkan kepada polis dan siasatan telah dijalankan.

Rakaman yang dikongsi di media sosial mendapat kritikan ramai dan menyifatkan lelaki berkenaan biadap dan memberi contoh tidak baik kepada anaknya.


Namun ada netizen yang menyalahkan kedua-dua mereka kerana tidak menyelesaikan pertikaian dengan cara yang baik.

"Kedua-duanya bersalah. Wanita itu tidak bertindak dengan cara baik bagi mengatasi pertelingkahan berkenaan," kata netizen dipetik South China Morning Post.-Pen Merah Press




✍ Sumber Pautan : ☕ PenmerahPress

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2t14PM5

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.