Hi! Welcome Back and Stay Tune! Isteri Ketua Polis Tampar Pegawai Kastam Hanya Kerana Diminta Buka Jam Tangan Ketika Pemeriksaan - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Isteri Ketua Polis Tampar Pegawai Kastam Hanya Kerana Diminta Buka Jam Tangan Ketika Pemeriksaan


Tak kisahlah anda seorang isteri seorang menteri, artis paling popular ataupun anda seorang orang biasa jika anda menaiki pesawat pasti akan melalui pemeriksaan kastam terlebih dahulu. Ini supaya anda tidak membawa barang-barang terlarang. Oleh itu, kesemua penumpang tidak akan terkecuali dari pemeriksaan tersebut. 

Namun terdapat juga segelintir manusia yang enggan mengikuti prosedur keselamatan kerana merasakan diri telah besar dan kebal dari undang=undang. Trending di media sosial terutama di Twitter apabila isteri kepada seorang Jeneral Polis yang ingin menaiki pesawat Batik Air untuk ke Jakarta. 

Sekitar jam 7.20 pagi, ketika wanita tersebut sedang beratur untuk melepasi pemeriksaan kastam alat pengesan logam berbunyi kerana jam tangannya tidak ditanggalkan semasa melalui pemeriksaan itu. Pegawai yang bertugas ketika itu mengarahkan wanita tersebut untuk membuka jam tangannya dan melalui pemeriksaan sekali lagi. 

Namun, wanita itu tetap berkeras dan enggan menurut arahan pegawai dan berdegil untuk tidak membuka jam tangannya itu. Mungkin berang dengan arahan pegawai kastam tersebut, wanita itu bertindak menampar pegawai tersebut secara tiba-tiba. Saksikan aksi wanita tersebut yang menjadi viral di media sosial. 

Menerusi video tersebut dapat dilihat wanita tersebut tersangatlah marah sehingga terjerit-jerit dan pegawai tersebut hanya mendiamkan diri dan bersikap profesional. Selepas ditampar oleh wanita tersebut, pegawai itu bertegas mahu melaporkan sikap wanita itu yang telah mengasari dirinya. 

Harus diingat, status yang tinggi dan wang ringgit yang banyak bukanlah satu tiket untuk mana-mana individu bersikap biadap terhadap orang lain. - www.kakishare.my

Koleksi video viral edisi 2017




✍ Sumber Pautan : ☕ Oh! Semput

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2tpAMRE

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.