Hi! Welcome Back and Stay Tune! “Jangan bandingkan saya dengan bekas kekasih Sufian Suhaimi” – Elfira Loy - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

“Jangan bandingkan saya dengan bekas kekasih Sufian Suhaimi” – Elfira Loy

Pelakon Elfira Loy enggan dirinya terus dibandingkan dengan bekas kekasih penyanyi Sufian Suhaimi.

Keluarga Sufian sudah berkunjung merisik Elfira semasa sambutan Syawal hujung bulan lalu. — Foto oleh Yusof Mat Isa

Elfira, 23, berkata sebagai seorang selebriti pastinya hubungan bersama Sufian lebih banyak diperkatakan berbanding bekas kekasih penyanyi “Terakhir”.

“Masa dengan bekas kekasihnya, Sufian belum menjadi selebriti, jadi benda yang dia buat tidak dihebahkan.

“Saya seorang selebriti. Benda kecil yang saya buat pun mendapat ‘like’ yang banyak. Betul tak?

“Kita tidak boleh membandingkan kisah lepas seseorang dengan yang sekarang. Setiap manusia berubah.

“Kalau pun dia tidak buat [romantik] dulu. Mengapa pula dia tidak buat sekarang. Mesti ada perubahan,” katanya kepada ProjekMMO.

Sufian, 25, sebelum ini mendakwa Elfira bukanlah punca dia berpisah dengan bekas kekasihnya yang dikenali sebagai Izyan.

Dia berkata hubungannya dengan Izyan putus beberapa bulan sebelum mengenali pelakon drama “Biasan.”

Elfira berkata hubungan bersama Sufian yang mendapat restu ibu bapa antara penyebab mereka mahu melangkah ke fasa seterusnya.

“Selama ini saya tidak pernah berkenalan secara serius dengan seorang lelaki dan saya tidak pernah berkenalan dengan seorang lelaki yang direstui ibu bapa.

“Mulanya bila saya digosipkan dengan dia, saya tidak mahu kawan dengan dia tetapi bila ibu bapa saya merestui, saya pun mula berkawan.

“Tidak sangka pula dalam tempoh tiga bulan, kami boleh rapat,” katanya sambil mengukir senyuman.

Sumber: Projek MMO



Sumber “Jangan bandingkan saya dengan bekas kekasih Sufian Suhaimi” – Elfira Loy

✍ Sumber Pautan : ☕ Trending Now

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2tBIfeV

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.